Saturday, January 25, 2003

Ada Apa Dengan Adam?


Ya, ada apa dengan Adam? Adam mewakili kaum lelaki. Adam juga nama seorang seorang nabi; manusia pertama ciptaan tuhan. Sebutan namanya mampu mengetarkan jiwa seorang Hawa yang diciptakan untuknya. Wujudnya Hawa untuk Adam. Dalam kewujudan itu tercipta satu cinta yang tiada tandingan. Sanggup meninggalkan nikmat hidup di syurgawi lantaran desakan si pencinta. Dicampak ke bumi, bertemu semula selepas beratus-ratus tahun lamanya terpisah. Ya, memang mereka ditakdirkan bersama hanya kerana Cinta.

Tetapi, apa itu cinta? Tidak ada sesiapa yang mampu melarikan diri daripadanya. You can run but you cannot hide! Love is not something that you can avoid. It’s human nature to fall in love... Sometimes it comes when you least expected it. Inikan manusia sekejam Adolf Hitler juga pernah jatuh cinta.

Magik! Ya, mungkin juga. Tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menghuraikannya. Albert Einstein, Benjamin Franklin dan Thomas Edison juga tidak mampu menghuraikannya dengan teori-teori sains mereka. Cinta satu perasaan yang bukan untuk dihuraikan. Ia adalah satu metafora keindahan yang wujud di dalam satu ruang antara sedar dan tidak sedar. Ia bukan mimpi tapi realiti namun persisnya seperti fantasi. Segala-galanya indah dikala dilamun cinta. Biarpun dia bukan Richard Gere, tetapi ada saja tentang dia yang mengingatkan kamu tentang pelakon berambut kelabu itu!

2 pemerintah empayar Rom jatuh cinta pada seorang wanita yang sama. Cleopatra; nama wanita yang gah di eranya. Kerana cinta juga dia sanggup mengorbankan nyawa. Love is blind. Yes it is!

Kecewa bercinta bukanlah alasan untuk tidak mencari pengganti mengisi ruang hati yang kosong. (Ya, saya pernah dikecewakan.) Jatuh cinta juga bukan satu pilihan yang boleh dibuat-buat. Di saat terlihat wajahnya, tiba-tiba jantung bagai terhenti seketika. Perut mula rasa memulas-mulas. Air peluh mula bercucuran di muka. Semua jadi serba tak kena. Jelingan matanya sudah cukup untuk membuatkan kamu rasa seperti melayang-layang dihembus angin walaupun ketika itu tidak ada angin pun yang bertiup. Sahabat karib saya pernah berkata; “If someone makes your heart bonding, then you are in love!”

Filem Indonesia yang sedang meletup-letup di pawagam pada hari ini juga berkisarkan cinta. (Saya juga pinjam tajuknya untuk artikel saya ini! ) Kisah remaja yang dilamun cinta namun masing-masing punya ego yang jadi benteng memisahkan mereka berdua. Ia adalah satu paduan cerita yang sangat menarik. Pergolakan cinta dan persahabatan. Konfrontasi antara dua jantina. Lelaki dan wanita. Adam dan Hawa...

Jika bercakap tentang cinta tentunya ia berkaitan 2 makhluk bergelar Adam dan Hawa berkasihan. Mungkin pada hari ini ia berlainan. Mungkin 'Adam dan Adam' atau 'Hawa dan Hawa'. Mengapa harus terjadinya begitu ya? Adakah perasaan benci yang jadi katalisnya? Adam mula membenci Hawa dan Hawa menghindari Adam. Namun perasaan cinta itu harus diisi. Ah, biarkan saja kalau ia luar tabii. Pelik... tetapi itulah hakikatnya yang berlaku pada hari ini.

Kalau dahulu lelaki yang memulakan langkah pertama to approach a girl. Hari ini berbeza. Wanita lebih radikal daripada lelaki. Isu "perigi cari timba" bukan persoalannya lagi. Yang penting, peluang yang terbuka itu harus cepat-cepat direbut. Kalau lambat nanti dikebas orang. Diri sendiri juga yang merana. Seperti lirik sebuah lagu; “Jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama, dia diambil orang...” Di dunia hari ini, segala tindakan harus diambil dengan cepat. Jangan biarkan peluang keemasan berlalu; kelak menggigit jari. Eventhough it’s quite drastic, but it’s worth it! Kata Forest Gump; “Life is like a box of chocolate, you’ll never know what you gonna get... “

Wanita jadi lebih berani kerana lelaki. Wanita menjadi lebih daring dan adventureous kerana lelaki. Wanita menjadi seorang wanita juga kerana lelaki. Wanita adalah ibu, kakak, adik, makcik dan nenek kepada seorang lelaki. . Sahabat lelaki juga wanita. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita. Kedua-duanya saling memerlukan. Jangan cuba diubah hukum alam ini. Jangan dicabar ketentuan tuhan. Jangan pula dikurangkan jumlah lelaki yang semakin berkurangan dengan menambahkan bilangan wanita di muka bumi dengan mencalit lipstick di bibir, memakai kasut tinggi dan menokok mana yang patut di sana sini.

Kepada kaum Adam, jadilah seorang lelaki. Insan yang bergelar khalifah, pemimpin, ketua keluarga, suami, ayah, kekasih, dan juga sahabat kepada seorang wanita. Kerana wanita memerlukan seorang lelaki di dalam hidupnya. Ia fitrah manusia walaupun adakalanya timbul persoalan “Ada apa dengan Adam...?”

Untuk Kau Sorang


Semalam kau kat situ
Hari ni kau kat sini
Dulu kau jadi penipu
Sekarang kau jadi pencuri
Bila senang kau lupa aku
Bila susah aku kau cari
Orang kata aku bisu
Orang kata aku tuli
Dia tuduh kau macam tu
Aku bela kau macam nak mati
Ada yang kata aku dungu
Sebab kau aku tak benci
Aku cuma nak kau tahu
Kau sorang je dalam hati


(Tapi sekarang kau dah mati...)

Friday, January 24, 2003

Kata sahibul hikayat: maka tersebutlah perkataan; ada sebuah negeri; Kota Mahligai namanya; rajanya Islam, Raja Sulaiman Shah namanya. Telah kedengaran ke Siam bahawa Kota Mahligai itu terlalu baik. Maka seorang anak raja Siam, Chau Seri Bangsa namanya; maka ia berlengkap dengan segala rakyat, maka diserangnya Kota Mahligai itu. Maka oleh Raja Sulaiman dikeluarinya. Maka berperanglah kedua pihak rakyat itu. Maka Chau Seri Bangsa perang dengan Raja Sulaiman sama seorang di atas gajah; maka kata Chau Seri Bangsa, "Jikalau alah Raja Sulaiman ini olehku, bahawa aku masuk Islam." Maka dengan takdir Allah Ta'ala Kota Mahligai pun alah, maka Raja Sulaiman mati dibunuh oleh Chau Seri Bangsa. Maka segala rakyat Kota Mahligai pun terhukum oleh Chau Seri Bangsa, maka Chau Seri Bangsa pun masuk Islam. Maka baginda pun menyuruh mencari tanah yang baik hendak berbuat negeri.

Petikan Sejarah Melayu (Alkisah Ceritera Yang Ke Tiga Puluh Dua)

Wednesday, January 22, 2003

kenapa tiba-tiba aku rasa seperti tiada suara - tiada kata-kata dapat aku ungkapkan. Aku rasa kelu - semangat aku cepat sangat melayang - tidur aku cepat sangat terganggu.

Kini kau akan pergi seperti yang pernah kau khabarkan pada aku setahun yang lalu - setahun yang kita binakan harapan bersama - kini aku akan kehilangan kau seperti yang kau khabarkan pada aku - harapan yang kita bina bersama - adakah akan tinggal harapan sahaja - kerana apa yang kita impikan bersama satu tahun yang lalu - masih lagi belum terlaksana.

Aku hilang semangat lagi - aku seperti mayat hidup - tak bernyawa - jiwa aku kosong - e-mail kau benar-benar membuat semangat aku yang lemah menjadi semakin parah - mahu rasanya aku tinggalkan apa yang aku cari selama ini - aku cukup penat sekarang - mungkin kerana semangat aku tidak bernyawa lagi.

biar,
biar lewat hari,
biar lewat waktu,
masih kuingat saat pertama kali lihatmu.
saat kau tersenyum, selalu!

Luka lama berdarah kembali

Aku tidak sangka akan bertemu dia petang Ahad itu. Sudah berbelas tahun aku tidak berjumpa dengannya. Aku hampir lupa raut wajahnya. Kali terakhir aku berjumpa dengannya sewaktu aku di tingkatan satu. Itupun kerana Abah memaksa aku untuk ke rumahnya. Jika diturut hati yang marah, pasti aku sudah lari ketika Abah memasukkan beg aku untuk membawa aku ke rumahnya. Tapi itu cerita lama. Zaman remaja yang penuh dendam tak berkesudahan.

Petang Ahad itu, aku tidak lari bila bersua dengannya. Cuma sedikit terkejut melihat dia berada di situ. Mungkin aku sendiri sudah lupa yang dia masih hidup.

“Eh! Abang. Dah besar dah abang. Mari duduk sini.”

“Apa khabar Nek. Nenek sihat?” Aku bersalam dengannya. Tangan kedutnya kugenggam dan kukucup. Mungkin aku mengharapkan sedikit kehangatan kasih seorang nenek. Dia mencium pipi aku. Kiri dan kanan. Aku tidak pernah membayangkan semua itu. Ciuman itu seolah-olah membayangkan ikatan yang mesra. Hati aku sekilas berdetik, “sandiwara apa lagi yang dia mahu pertontonkan kali ini?”

Sewaktu kecil aku bukanlah cucu kesayangannya. Aku cuma cucu yang pertama. Tiada apa yang istimewa menjadi cucu pertama jika kau dilahirkan berbeza dari orang lain.

Petang Ahad itu membuat aku sedar, memaafkan seseorang itu lebih sukar daripada memohon maaf. Lukanya mungkin sudah sembuh tapi parutnya terus kekal untuk mengingatkan kita kesakitan yang kita pernah alami. Bagaimana peritnya diterajang seperti anjing kurap. Bagaimana sedihnya dipinggirkan seperti boneka yang tidak bernilai. Kesakitan yang ada di hati lebih lambat sembuhnya dari luka di badan.

Cuma peliknya petang itu, dendam aku mula berbaur dengan perasaan kasihan. Melihat keadaannya yang sedikit uzur seolah tidak membenarkan aku untuk terus membakar rasa marah pada perempuan tua itu.

Dia mengajak aku berbual. Tapi seperti biasa, aku lebih suka mendengar dari bercerita. Tapi tiap persoalan yang dia lontarkan aku jawab seikhlas mungkin walaupun cuma sepatah yang mampu kuberi. Tunang aku yang banyak menyelamatkan keadaan dengan berbicara dengannya. Rasa marah yang sekepal itu seakan menghindar aku untuk berbual mesra dengannya. Aku rasa tiada kepentingan pun untuk berbual dengannya.

Mungkin aku patut menyoal, “kenapa nenek benci sangat dengan emak?”. Mungkin aku patut bertanya, “kenapa nenek tergamak meminta Abah menceraikan Emak? Nenek tak mahu ambil tahu apa akan jadi kalau Abah dan Emak berpisah.” Tapi mulut aku terkunci. Lidah aku kelu. Dia pun akhirnya lebih banyak menyepi.

“Minta diri dulu, Nek. Minta maaflah kalau ada terkasar bahasa. Halalkan makan minum saya ya nek?”

“Abang tak tidur sini?”

Mungkin dia sedikit kecewa. Sudah lama tidak berjumpa, bila berjumpa cepat pula mahu berpisah. Tapi aku tidak nampak segala kerut kekecewaan itu kerana aku tidak memandang tepat wajahnya.

Dia memelukku. Air matanya mula menitik. Seperti tadi, pipiku dicium. Kiri dan kanan. Kemudian dia memeluk erat pula tunangku. Aku lihat pelupuk matanya sudah basah.

“Jagalah abang baik-baik. Cepat-cepatlah kahwin. Jangan tunggu lama-lama.”

Kata-katanya itu sedikit mengoyah dendamku. Mungkin inilah amanatnya yang terakhir. Mungkin itulah caranya untuk menebus dosa lampaunya dengan menyerahkan aku untuk dijaga seorang wanita yang cukup sempurna di mata aku.

Luka di hati masih berdarah? Mungkin tidak lagi.

Parutnya masih ada? Aku sudah tidak peduli.

Mungkin sudah tiba waktunya untuk aku memaafkan dia. Dengan itu aku boleh memaafkan diri aku sendiri di kemudian hari. Pertemuan singkat itu tidak banyak melerai kekusutan di dada. Tapi pertemuan singkat itu sarat terkandung pengajaran yang paling bererti untuk menempuhi ranjau kehidupan di hari muka kelak.

This thorn in my side
This thorn in my side is from the tree
This thorn in my side is from the tree I've planted

It tears me and I bleed

kadang-kadang hati bingung
takut kalau cerah yang menyinar
tiba-tiba
hilang

bimbang

bila aku tiada nanti
dapatkah dia cinta baru?
untuk menyubur hidupnya

resah

bila aku tiada nanti
bila dia jumpa cinta baru
adakah sisa cinta aku di hatinya?

Tuesday, January 21, 2003

dunia menghampiri kemusnahan agaknya…

kau lelaki… kau patut rasa malu meminta-minta sedemikian… kau suami… kau patut mempunyai lebih rasa tanggungjawab terhadap isteri kau, emak kau, ayah kau dan saudara-saudara perempuan kau… kau tak malu ke? meminta-minta sedemikian… bukannya puluh… bukannya ratus… tetapi ribu… dimanakah kelakianmu? jangan kau jadikan sakit kau sebagai alasan… jangan kau tuding telunjuk kau pada orang lain… kau sendiri perlu berusaha! kau sendiri perlu sedar! lena kau sudah terlalu panjang! iskh… ngeri untuk aku membayangkan jika kau mempunyai anak nanti sekiranya kau masih begini… ngeri… ngeri…

jangan kau lukakan lagi hati emak tua kau… tak sepatutnya kau membebankan mereka setelah mereka membesarkan kau dengan segala kesabaran dan pengorbanan… tidak mahukah kau membuat mereka tersenyum? tidak mahukah kau membuat mereka merasa bangga dengan diri kau? aku memang langsung tak faham dengan kau… lelaki lain tidak seperti kau… entah berapa lelaki di dalam dunia ini yang menyamai kau atau… hanya kau seorang?

bangkitlah lelaki… tamparlah diri kau sendiri… nyalakan obor kehidupan kau… jangan kau cuba membuat hati emak kau sedih… jangan kau cuba membuat wajah ayah kau masam mencuka… jangan kau cuba sekali-kali… aku sudah bosan melihat kau… aku sudah benci mendengar rengekan permintaan kau… aku sudah jelek melihat lelaki seperti kau… sesungguhnya setiap apa yang telah berlaku ke atas kau sebenarnya adalah untuk membuat kau sedar… malang… kau masih tidur… kau masih berdengkur… kau masih mengingau…

bangunlah… sedarlah… kerana kau bukannya perempuan… kau adalah lelaki! kau adalah suami! kau adalah anak! kau adalah LELAKI!

Friday, January 17, 2003

Ke mana menghilangnya
sahabat yang cukup aku kenal?
Di mana harus kumencari?

Aku percaya jika kau mengerti maksud tangisanku ini
Air matamu pasti jatuh seperti titisan hujan di kedinginan malam
Itulah sebabnya aku percaya sudah terlewat bagi sesiapa untuk mempercaya

Dan ia menyebabkan aku meratap
Kerana seseorang mengusir jiwaku tidur

Di ruang yang sepi
Di mana kita menangis tanpa bunyi
Di mana air mata mengalir lesu
Dan di mana isi rumah ini
Menghempas jiwamu jauh ke dasar neraka

Wednesday, January 15, 2003

JACK : I'm sorry... you met me at a very strange time in my life.

dipetik dari Fight Club

Tuesday, January 14, 2003

Kadang-kadang apabila kita marah - terlalu cepat lidah membela diri - mengeluarkan kata-kata yang tajam - hanya untuk kepuasan sendiri - tapi tanpa kita sedari - kata-kata yang tajam - melukakan hati oran lain - ataupun membunuh hati orang lain tanpa kita sedari -
Apabila kita dah puas dengan apa yang kita katakan - kita ingin memohon sebuah kemaafan dari orang kita kita lukakan hatinya, ataupun kita bunuh hatinya - masih mampukah orang itu memaafkan kita - apabila hatinya sudah parah - masih bisakah orang itu menerima kita bila hatinya telah mati dengan tikaman kata-kata kita yang tajam

<--- Merah (?)

Di mana-mana
Terbayang wajahnya
Mencari-cari
Tapi entah di mana
Aku mengenalimu
Hanya pada nama

Kau cengkam hatiku
Bagai helang di rimba
Mengalir darahku
Darah merah cintamu
Jangan biar hatiku luka
Kau pengubat duka

Namamu merah
Bagai lang merah
Membara kurasa di jiwa

Namamu merah
Bagai lang merah
Manisnya cintamu di kalbu

Oh merah...
Namamu mashyur di ruang angkasa
Hilangkan segala-gala
Kesengsaraan selama ini

Oh merah...
Namamu menerangi ruang angkasa
Hilanglah kegelapan
Hidup kita untuk bersama

Helang melayang-layang
Helang, helang hei..

Def Gab C (Asheed & Jemboo & Eddie / Asheed)

Kengkawan aku kata aku nih pandai bercakap, aku pandai buat lawak, aku pandai simpan rahsia, aku pandai beri idea, aku pandai ambil hati, aku pandai sorok sedih, semer aku pandailah. Itu kengkawan aku kata....

Aku teringin dengar apa musuh aku kata...mungkin tak mereka akan kata aku nih bangang, buat lawak bodoh, rahsia simpan kat mulut, otak beku, nyakitkan hati, emosional manjang dan yang sewaktu dengannyalah.

Kalu korang pulak tak kenal aku, mana satu pendapat yang korang nak dengar? daripada kengkawan aku atau daripada musuh aku?

Monday, January 13, 2003

kenapa masih berdiri di sini?
apa lagi yang kau mahu?
tiada cinta yang tersisa untuk kau simpan
tiada cebisan kenangan yang mahu kusimpan

berambus kau dari sini
pulang ke tempat asalmu
lubuk puaka di hutan sana

eiii, geramnya aku! mau gak aku kasi penampo kat sorang2 ni. dah le buat main-main. borak-borak lak tu. jaga la korang, siap la masa exam nanti. nangis ke tak, aku tak peduli. aku kasi soalan susah-susah. huh! (main-main la lagi)

geram, memang aku GERAM!

Two-thirds of persons with major depression do not seek the appropriate treatment, although 80 percent of all people with clinical depression who seek treatment improve, usually within weeks. Without treatment, symptoms can persist for weeks, months, or years, and, in 15 percent of depressive cases, result in suicide. Continued treatment may help to prevent reoccurrence of the depressive symptoms.

Saturday, January 11, 2003

time like this i often wonder about things i want and things i dont want but nevertheless always keep on coming into my life.no matter how much i wonder it seems like it is always like walking around the bush.i will always end up at the same spot.i hope i can always be happy.be tranquil.be content.with my life.how easy life is if i am anthony robbins.

maybe all i need to do is stop dreaming about becoming somebody else.

Friday, January 10, 2003

"Tak lama lagi awak nak jadi pakcik"
"Huh? Siapa? Adik dah berisi eh?"
Serentak itu juga kepala aku berpusing. I feel happy for my sister and her husband. At the same time, I feel sorry for myself.
Dalam usia hampir 30 tahun, aku masih single lagi. Orang selalu cakap, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tapi entah kenapa aku rasa sedikit terkilan kerana aku bukan orang yang akan memberi Mak cucu pertama.
"Nanti kalau adik awak ada anak, apa awak nak dia panggil awak?"
Pak cik dan mak cik dulu panggil pak cik diorang "paman". Aku dan adik beradik yang lain panggil pak cik dan mak cik "cik" sahaja. Tiada "Pak Long" atau "Mak Ngah" dan sebagainya.
"Kalau kita nak anak adik panggil kita "uncle" boleh? Uncle Jigo dan Auntie Borg. hmm.... sounds good eh?"
Dia ketawa kecil. Aku suka dengar dia ketawa. Tapi kepala aku masih berpusing-pusing. Sebenarnya aku masih terkilan.
Tak perlu marah sesiapa. Tak perlu menyalahkan sesiapa.
Aku cuma marah pada diri aku sendiri. Memang aku yang bersalah. Kini aku terima hukumannya. Entah berapa lama boleh kutahan sakitnya hatiku ini. Biarlah ia remuk. Biarlah dia pecah berderai. Aku sudah tidak peduli!!
"Apa yang awak fikirkan?"
Diam. Tolonglah diam. Beri aku sedikit ruang untuk bernafas. In time like this, I really need my solitude.

"When you are sorrowful look again in your heart, and you shall see that in truth you are weeping for that which has been your delight."
~ Kahlil Gibran

jika selautan kasih dan cinta dapat kudamba,
jika seluas angkasa mampu kuterjah,
terawang aku ke alam pesona,
penuh asyik.

tapi sayang,
kasih dan cinta hanya impian,
terjalin dalam pautan mimpi,
hingga pudar rasa percaya,
dengan cinta di depan mata.

sayang seribu kali sayang.

Thursday, January 09, 2003

Tingkap papan kayu bersegi
Sampai sakat di Pulau Angka
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi.

[dari arkib pantun2 melayu
buku Protokol di Malaysia;tradisi & amalan, DBP]

Wednesday, January 08, 2003

Aku dijemput katanya.
Tiada Jemputan kataku.
E-Jemputan katanya.
Mailbox aku tak menerima E-Jemputannya kataku.

Siapa yang bersalah?
oh dunia tanpa kertas.

Emotional pain is so real. Sometimes I cant feel anything, Im numb and I have so much to worry about. So many thoughts in my head that the world outside doesnt seem to exist.

I will get into a zombie mode where I just drift through the days getting deeper and deeper into my head and further and further away from life and a normal routine. I will stop sleeping, I will not eat, I become withdrawn from the friends and it all builds up until I need sleeping tablets to sleep.

Men are often encouraged to be strong in a time of crisis. But surely not me.

Crying is way to release tension, frustration or anger. Crying is an acceptable and healthy expression of grief.. at least for me..

mencari dalam ilusi,
bermimpi dalam teka teki,
ah, lagu apa yang bermain di kepala?
cerita apa yang menduga rasa?
mengapa pula resah yang bertakhta.

kelu mengurai kata,
dalam ruang-ruang kecil,
makin kerdil kurasa.

Tuesday, January 07, 2003

dikala angin betiup tenang, bagai hari2 kelmarin, hadir satu warkah electronik.menjadi persoalan dibenak ini,
siapakah gerangan dia sang pengirim.dimana aku ini?siapa kamu?...bersama bayu tenang menusuk mendinginkan
tubuh kerdil ini, berlalu dengan seribu pertanyaan dan penantian untuk suatu kepastian yg aku sendiri keliru

Barang yang selalu aku tengok bikin aku bosan tahap kritikal tapi bila aku tinggalkan... Aku mula rindu gila babas!

Monday, January 06, 2003

aku bagai budak dungu
mengejar bayang yang selalu menghilang
membuat orang tertawa hingga ternampak gigi
hidup ini makin kelabu
bila celaka bersilang malang
heiii.. berapa jauh kau mahu bawa hatiku pergi?

pompuan....
selalu orang signifikasikan sebagai kaum yang bersopan santun, lemah lembut...berhemah tinggi...
kalau nak protect pompuan, mesti ade terselit ayat : "...insan yang lemah...."
kalau kena marah sebab perangai tak elok sikit, mula la kena sedas ayat : "cubala berhemah sikit...awak tu pompuan...."
tambah pulak kalau dah umo 20an, mesti ade gak ayat ni : " ..awak tu dah tua.."
pompuan tak boleh panas baran...
pompuan tak boleh buat keje2 kasar, tak boleh buat keje yang selalu orang lelaki buat....
pompuan tak boleh TAK SABAR....mesti selalu kena sabar, walaupun tapak kaki ntah baper kali singgah kat muka ngan badan kita....
pompuan kena bersuara halus, ketawa pun tutup mulut,

itu baru orang kata pompuan sejati.....

kalau pompuan tu panas baran? ketawa macam kuda betina nak terberanak? kalau pompuan tu suka buat keje yang orang lelaki boleh buat?
tapi secara mental dia ade ciri2 pompuan sejati yang orang lain tak nampak....?

kite nak panggil dia pompuan sejati ke apa tu?
kenapa orang suka menilai pompuan dari segi luaran? bukan dari segi dalaman?

Friday, January 03, 2003

biarkan mengalir luka itu meski pedih..

Bertanya aku di hati,
mengapa berat benar bicara ini,
menusuk ke seluruh benak dan diri,
hingga penat aku mengusung beban rasa,
entah sampai bila aku mampu begini,
membawa gugusan perasaan,
yang penuh celaru,
kaku dan bisu.

Aku khuatir,
hati aku tegal dengan perasaan cinta ini.

Thursday, January 02, 2003

Doa Si Ibu (Dari Kacamata Seorang Hawa)

"Kau buatlah perangai macam tu. Esok kahwin nanti, hari-hari makan penampar suami kau."

Aku lebih rela dipijak dan ditendang kerana aku cukup tahu syurga di bawah tapak kakimu. Tapi janganlah. Janganlah sesekali mendoakan aku sebegitu. Gantikanlah dengan doa yang lebih bagus. Tidakkah mahu kau melihat aku bahagia? Atau sebenarnya kau lebih suka melihat aku menderita dengan rumahtangga yang porak peranda kerana itu akan membuatmu lebih bahagia?

Jika itulah mahumu, teruslah berdoa!

Menjawab persoalan Angah mengenai perpisahan

Org. meraikan perpisahan bukan sebagai tanda kita gembira dgn. perpisahan itu. Tapi sebagai tanda menghargai segala jasa yg. pernah dilakukan oleh org. yg. hendak meninggalkan kita. Biarlah org. itu pergi dgn. rasa gembira & rasa dihargai. Tentu sedih sekiranya kita hendak meninggalkan syarikat tapi semua rakan sekerja yg. lain buat2 tak tahu je kita ni nak pindah.

Monolog hati


Aku
menyendiri...
Tiada yang cuba mengerti
Aku
berdiri lagi...
Langkah ini terkunci
Riuh rendah yang mengelilingi
Namun hati kekal sepi...
Sepi...
Sungguh sunyi
Hanya kedengaran monolog hati tanpa henti;
Benci! Benci! Benci!
Ingin aku maki
Ingin aku caci
Amarah yang sering merasuki
dan di dasar itu
penuh karat besi...