Sunday, November 16, 2003

A'kum pada semua ..
Syukur pada Illahi kerana diberikan peluang untuk menyajikan karya saya di sini.
Terima Kasih atas ehsan sdr. Jigo Morrison.

Puisi berikut adalah suara penyajak kerdil yang masih berkocak di sumur harapan.
Terimalah puisi ini:

Testamen

Penyair mentah beraksi mesta
Kalamnya giat menyusun aksara
Melakar tata mendonan sasa
Kalimat berjasa melantar bicara

Ku lingkar rahsia sebalik mata
Melaut nyata yang tiada lantangnya
Lakon manusia lagak kekata
Mengonon mengandai berpura-pura

Mengibar ikhtiar leraian sengketa
Sedetik cuai telagah bermula
Amuk makhluk menghentam dunia
Yang sedan insan tiada berdosa

Pujangga muda bukan penilik pendita
Namun usaha diterus menepis sengsara
Menepat bakti siangan malamnya

Awan ku lukis menghujan harapan
Ku tinting pintu penjara amanan
Tenteram, merana dibiar bertembungan

Di tembok langit ku ukir cita
Kelopak debunga baringi ijab pada-Nya
Ku akur aku juga manusia.

Elmi Zulkarnain Osman
( Suaraku )
Juga Buat Guy Ghazali,
Teman Yang Sentiasa Menghulurkan Motivasi.


161103

Sebahagian dari puisi yang 'bertemakan' Ramadhan.
Buat renungan Semua ..

Atuk

Bangunan runjau jendela dibuka
Mulut berkamit merungut Atuk
Menjengguk menanti tiada pasti
Harapan lampau binasa rasa
Hampa menghambat di hari tua

“Ah! Malaslah ..”

Terimbas wajah puterinya yang terpesong
Benak perawan dibebani hasutan
Duniawi diagung tanpa batasan
Engkar enggan ditakluk pada leteran
Anggap Atuk disampuk nyanyuk

“Apa? Sembahyang? ”

Runyam solat putera alpa
Disangai lilin di hujung kamar
Bermain jarum khayal menerpa
Nasihat Atuk dipersia telinga

Mekar ditanam sangka pesona
Diharap harum pesing jadinya
Duri batangan mengguris jari
Perit melantun merobek hati

“Aku berdosa ..”

Tangan berkudis salah membaja
Taman dibiar liar berteman

“Jangan dirimu berputus asa ..”

Menunggu azan subuh dilaung
Sajian sahur tiada dijamah
Atuk masih di birai jendela.

Elmi Zulkarnain

Masjid Pusara 1 Ramadhan
271003

Tuesday, November 11, 2003

"...buah padi masak kuning
isteri kerja sama."

"tolong menolong
membanting padinya
bercerailah tangkai jerami
dulu padi ditumbuk inang tampi
kini mesin jadi pengganti."

Terngiang-ngiang lagu PETANI ini ketika diajar cikgu. Aku tidak ingat dalam darjah berapa.
Tetapi lagunya menyengat naluri aku, disitulah kelas muzikku bermula!

Monday, November 10, 2003

Akukah si pengecut itu
berselindung di sebalik nama samaran
tidak berani menyatakan kebenaran
aku benci dengan diriku sendiri

kenapa aku hidup penuh kepura-puraan
adakah aku terlalu materialistik
takutkan MEREKA
lebih daripada takutkan hukum Allah

Ya Allah
berikan aku kekuatan
untuk melawan kemungkaran
untuk mengawal perasaan takutku

aku