Ada Apa Dengan Adam?
Ya, ada apa dengan Adam? Adam mewakili kaum lelaki. Adam juga nama seorang seorang nabi; manusia pertama ciptaan tuhan. Sebutan namanya mampu mengetarkan jiwa seorang Hawa yang diciptakan untuknya. Wujudnya Hawa untuk Adam. Dalam kewujudan itu tercipta satu cinta yang tiada tandingan. Sanggup meninggalkan nikmat hidup di syurgawi lantaran desakan si pencinta. Dicampak ke bumi, bertemu semula selepas beratus-ratus tahun lamanya terpisah. Ya, memang mereka ditakdirkan bersama hanya kerana Cinta.
Tetapi, apa itu cinta? Tidak ada sesiapa yang mampu melarikan diri daripadanya. You can run but you cannot hide! Love is not something that you can avoid. It’s human nature to fall in love... Sometimes it comes when you least expected it. Inikan manusia sekejam Adolf Hitler juga pernah jatuh cinta.
Magik! Ya, mungkin juga. Tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menghuraikannya. Albert Einstein, Benjamin Franklin dan Thomas Edison juga tidak mampu menghuraikannya dengan teori-teori sains mereka. Cinta satu perasaan yang bukan untuk dihuraikan. Ia adalah satu metafora keindahan yang wujud di dalam satu ruang antara sedar dan tidak sedar. Ia bukan mimpi tapi realiti namun persisnya seperti fantasi. Segala-galanya indah dikala dilamun cinta. Biarpun dia bukan Richard Gere, tetapi ada saja tentang dia yang mengingatkan kamu tentang pelakon berambut kelabu itu!
2 pemerintah empayar Rom jatuh cinta pada seorang wanita yang sama. Cleopatra; nama wanita yang gah di eranya. Kerana cinta juga dia sanggup mengorbankan nyawa. Love is blind. Yes it is!
Kecewa bercinta bukanlah alasan untuk tidak mencari pengganti mengisi ruang hati yang kosong. (Ya, saya pernah dikecewakan.) Jatuh cinta juga bukan satu pilihan yang boleh dibuat-buat. Di saat terlihat wajahnya, tiba-tiba jantung bagai terhenti seketika. Perut mula rasa memulas-mulas. Air peluh mula bercucuran di muka. Semua jadi serba tak kena. Jelingan matanya sudah cukup untuk membuatkan kamu rasa seperti melayang-layang dihembus angin walaupun ketika itu tidak ada angin pun yang bertiup. Sahabat karib saya pernah berkata; “If someone makes your heart bonding, then you are in love!”
Filem Indonesia yang sedang meletup-letup di pawagam pada hari ini juga berkisarkan cinta. (Saya juga pinjam tajuknya untuk artikel saya ini! ) Kisah remaja yang dilamun cinta namun masing-masing punya ego yang jadi benteng memisahkan mereka berdua. Ia adalah satu paduan cerita yang sangat menarik. Pergolakan cinta dan persahabatan. Konfrontasi antara dua jantina. Lelaki dan wanita. Adam dan Hawa...
Jika bercakap tentang cinta tentunya ia berkaitan 2 makhluk bergelar Adam dan Hawa berkasihan. Mungkin pada hari ini ia berlainan. Mungkin 'Adam dan Adam' atau 'Hawa dan Hawa'. Mengapa harus terjadinya begitu ya? Adakah perasaan benci yang jadi katalisnya? Adam mula membenci Hawa dan Hawa menghindari Adam. Namun perasaan cinta itu harus diisi. Ah, biarkan saja kalau ia luar tabii. Pelik... tetapi itulah hakikatnya yang berlaku pada hari ini.
Kalau dahulu lelaki yang memulakan langkah pertama to approach a girl. Hari ini berbeza. Wanita lebih radikal daripada lelaki. Isu "perigi cari timba" bukan persoalannya lagi. Yang penting, peluang yang terbuka itu harus cepat-cepat direbut. Kalau lambat nanti dikebas orang. Diri sendiri juga yang merana. Seperti lirik sebuah lagu; “Jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama, dia diambil orang...” Di dunia hari ini, segala tindakan harus diambil dengan cepat. Jangan biarkan peluang keemasan berlalu; kelak menggigit jari. Eventhough it’s quite drastic, but it’s worth it! Kata Forest Gump; “Life is like a box of chocolate, you’ll never know what you gonna get... “
Wanita jadi lebih berani kerana lelaki. Wanita menjadi lebih daring dan adventureous kerana lelaki. Wanita menjadi seorang wanita juga kerana lelaki. Wanita adalah ibu, kakak, adik, makcik dan nenek kepada seorang lelaki. . Sahabat lelaki juga wanita. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita. Kedua-duanya saling memerlukan. Jangan cuba diubah hukum alam ini. Jangan dicabar ketentuan tuhan. Jangan pula dikurangkan jumlah lelaki yang semakin berkurangan dengan menambahkan bilangan wanita di muka bumi dengan mencalit lipstick di bibir, memakai kasut tinggi dan menokok mana yang patut di sana sini.
Kepada kaum Adam, jadilah seorang lelaki. Insan yang bergelar khalifah, pemimpin, ketua keluarga, suami, ayah, kekasih, dan juga sahabat kepada seorang wanita. Kerana wanita memerlukan seorang lelaki di dalam hidupnya. Ia fitrah manusia walaupun adakalanya timbul persoalan “Ada apa dengan Adam...?”
0 Comments:
Post a Comment
<< Home