Friday, June 20, 2003

kutukan bertalu
tuduhan melulu
menyakitkan hatiku
adakah aku
isteri yang tak mengerti
atau terlalu meminta dihargai
berdosakah begitu?

Wednesday, June 18, 2003

Resah

Hembusan perlahan angin dari corong aircond di atas kepala tak sikit pun menyejukkan hatiku. Resah. Timbunan fail, invoice, delivery order, surat-surat di atas mejaku seolah tidak bersimpati dengan keresahan hatiku.

"En. R nak nasi lauk apa?" K menyapa setelah menolak daun pintu bilikku. Aku sedikit terkejut perlahan mengesat longgokan air mata yang menunggu untuk jatuh di bucu mataku dengan hujung jari. "Kau beli nasi lauk ayam dan kuah asam pedas macam biasa" jawabku sambil mengalihkan pandangan ke screen monitor yang kaku. K seperti blur melihat aku, senyum terpaksa dan terus berlalu pergi.

weave us some lies


Aku masih duduk di atas kerusi biru keresahan. Mungkin aku perlu tidur sebentar..

Monday, June 16, 2003

anjing mengonggong cintamu pergi
tapi bila ia ternampak bayang
cintamu terjatuh ke tasik
dan terus menghilang

Tuesday, June 10, 2003

lazimnya
kita berpegang pada prinsip
"Jangan kacau aku..
dan aku takkan kacau kau.."
atau..
"Lantaklah apa nak jadi..
janji aku bahagia.."

Tapi awas!
jangan kerana omongan ini
kita jadi mulut yang menganga
disuap dan terus menelan
tanpa mengunyah..
apalagi merasa...

pak tua berteleku
dianjung pondoknya
merdu nyanyian cengkerik
seruling bayu malam..jadi teman

parut pada lengan masih jelas
bukti perjuangannya..
satu ketika
mengusir malaun keparat
yang menghirup peluh saudara

pak tua berkerut
dijajah lagikah bumi ini?
bayang malaun tiada kelihatan
cara baru mungkin..
kerna ini bukan lagi zamannya
kroni..sekular..ntah apa-apa lagi..
tiada dalam medan dahulu..

berkerut lagi..
tapi anak-anak itu masih berpesta!
biarkan..
dia dihujung hayat
kerja memerhati..
bila senja berlabuh nanti
anak-anak ini pasti sujud ke bumi...

Monday, June 09, 2003

luluh jantung
dendam digantung
buluh diracik
darah memercik

Wednesday, June 04, 2003

dan pada ketika ini, aku berada dalam tahap bosan yang cukup mencabar. aku boleh rasakan emosi aku membuak-buak. sebentar tadi, aku dapat rasakan betapa sejuknya salju di dalam hati. dan dengan tiba-tiba ia boleh membakar dengan marak dan panas. aku benci rasa begini. aku tak suka rasa ini. ah, aku benci. aku bosan aku bosan aku benci aku tak suka aku angin aku menyampah. aku tahu ini rasa yang aku terima. makin lama aku pendam, makin menyakitkan hati. makin menyenak-yenak ke tangkai jantung aku. betapa aku sakit hati begini.

apa lagi yang dia mahu????????????