Monday, April 28, 2003

SURAT UNTUK S.Z
by seorang penulis

Mentari yang menyinari bumi Tokyo ini tak terasa bahang walaupun matahari seakan membakar kulit manusia yang bertebang diatas mukabuminya. Bulan 4 masih terasa kedinginan musim sejuknya, apatah lagi bunga-bungaan kecil berserakkan tumbuh menjalar dan sakura jatuh berserakkan di bumi Jepun ini. Kedatanganku kali ini walaupun tak lama, tapi terubat jua rindu dihati. Bertahun-tahun sudah ku tinggalkan bumi ini, tapi hampir setiap tahun aku dapat menjengukmu wahai negara matahari terbit.....

Aku tidak menipu kau wahai makhluk Allah yang dulu pernah ku panggil abang, sayang, dan cinta. Aku berada disini sepertimana yang telah aku katakan. Aku wujud disini, beribu ribu kilometer jauhnya dari dirimu yang malang itu. Aku bersyukur kerana aku tidak menjadi permaisuri hidupmu. Syukur kepada Allah kerana telah melindungiku dan menjauhi daku dari orang sepertimu. Baru kini aku sedar siapa dirimu yang sebenarnya.

Walaupun aku memutuskan pertunangan itu pada dasarnya hanya orang akan menyalahkan diriku seorang. Bertepatan dengan waktu itu aku bersua dengan orang yang aku panggil sebagai suami sekarang. Tapi bukan kerananya aku menolak dirimu ketepi.... akulah yang telah dibuang olehmu terlebih dahulu, tidak ingatkah kau pada ketika itu? Kau memang tidak menepati janjimu dari dulu lagi. Hanya pandai berjanji tapi begitu mudah mungkiri. Begitukah prinsip hidupmu wahai orang yang pernah hadir dalam hidup aku? Aku kira waktu itu akulah yang amat bersalah sekali kerana meninggalkanmu tetapi dirimu lagi bangsat dari itu. Maafkanlah kerana perkataan itu kurang manis dipertuturkan kepadamu. Namun kerana tiada lagi perasaan hormat padamu, aku kira perkataan itu wajar diperdengarkan ke telingamu yang langsung tak menarik hati aku lagi....

Mengapa aku buta buat kali kedua selepas 13 tahun bertemu kembali? Mengapa harus aku menerima perkataan manis bicara dan janji manis mu lagi? Aku menyesal yang teramat sangat dengan pertemuan ini. Tapi apakan daya nasi dah jadi bubur. Mengapa baru dua hari kita bertemu kau sudah bicarakan untuk meminjam wang dari aku? Aku jadi terkedu bila kau memujuk untuk mendapatkan wang itu. Pada fikiran aku waktu itu , kalau aku pinjamkan wang itu sememangnya aku tidak akan dapat kembali duit aku tu.... jadi aku buat bodoh aje pada mulanya... tapi entah apa yang merasuk aku agaknya, aku pindahkan juga wang itu ke akaun Maybank kau.... tapi sayang sekali resit itu aku terbuang begitu saja dan tiada bukti untuk memerangkap dirimu yang bangsat itu.

Bila aku dapat berbual dengan isteri tersayangmu itu, barulah kusedar yang engkau cukup kureng..... tidak pernah membayar balik sedikit pun kepada ibumu wang yang telah kau pinjam darinya.... dan lagi kau menghisap ganja... apa makna hidupmu itu bergelumang dengan benda kotor macam tu? Menurut kata isteri tersayangmu, kau menghisap ganja tolol tu oleh kerana kau nak dapatkan tenaga berlebihan dalam perhubungan kelamin antara kau dan dia. Tetapi bila aku bertanya padamu akan sebab musababnya, kau terangkan pada aku yang kau nak hilangkan perasaan bersalahmu kerana mengingati diriku dikala kau melakukan hubungan batin itu. Kau tahu apa yang aku fikirkan bila aku dah dengar alasan kau? IT'S A BULLSHIT!. itu aje yang aku dapat katakan mengenai alasan kau.

Kau tak sangka aku akan keutarakan segala isikandung surat yang tidak beralas ini? Mengapa perlu aku bersopan santun lagi menitipkan surat buat mu kerana aku dah buang jauh-jauh perasaan kesian, hatta perasaan hormat sekali pada engkau. Memang aku kini tidak sama dengan aku yang kau kenali dulu... hingusan dan hanya mengikut kata bodoh kau. Menyesal tak sudah sebab aku tak sambung belajar hanya kerana kau menasihati aku waktu itu, alasannya aku tak perlu belajar tinggi-tinggi kerana aku akan tinggal di rumah saja bila berkahwin dengan mu. Jenuhlah abah aku membebel menyuruh aku belajar lagi tapi alasannya aku tak berminat... tapi sekarang aku menyesal... menyesal tak sudah..... bodohnya aku!!! Tapi walau apapun... aku syukur sebab tak jadi kawin dengan kau... dan kalau kau kata aku tak kawin dengan kau , aku tak merasa tinggal di Sarawak, aku tak rasa ralat atau terkilan pun sebab aku dah pernah pergi ke sana walaupun melawat saja, dan aku dah dapat berjalan ke serata negara... kau cakaplah mana?... London, Brussel, Paris, Korea, Los Angeles, Switzerland, Las Vegas, Jepun? aku dah senaraikan disini... bahkan hampir setiap tahun aku berulang ke Jepun.... aku tak ralat.... Kalau kau mencebik sekarang, aku tak rugi apa-apa... aku bahagia sekarang... tapi aku tertipu dengan kehadiranmu secara tiba tiba....

Lupakanlah aku. Aku tak mahu menjadi permaisurimu hatta di akhirat nanti, sepertimana janjimu kerana aku ada suami untuk membahagiakan aku. Aku rasa aku tak tersalah pilih jalan walaupun dia pernah suatu ketika menyakitkan hati aku.

Akhirkata, memang aku tidak akan menghalalkan duit yang kau pinjam itu dan maaflah, semua kata-kata kasar itu memang khas untuk kau.

Yang tak ralat,
Aku-seorang penulis kehidupan.

Sunday, April 27, 2003

berikan aku sedikit lagi ruang untuk berdiri, aku akan terbalikkan dunia ini.

Saturday, April 12, 2003

kalau kau seorang isteri
jangan terlalu leka dengan Internet
demi menjaga hati suami
demi anak-anak yang perlukan perhatian

janganlah blogging menimbulkan sengketa
kau harus bijak membahagikan masa
agar aman rumah tangga

menulis mungkin satu keperluan bagimu
menulis mungkin pembuangan masa anggapnya
oleh itu berhati-hatilah
kerana dunia isteri ialah suaminya
marah suami mungkin menyebabkan hidupmu tidak berkat

wanita dan isteri
di zaman Internet
perlu berhikmah dalam segala

ini bukanlah peringatan hanya untuk para isteri
suami juga jangan abaikan isteri
hanya kerana Internet dan blog

Tuesday, April 01, 2003

Kepada semua pengunjung Ratusan Ilham, terimalah buah tangan pertama daripada kami.