aku tak mahu berlari
aku tak mahu menangis
aku hanya mahu hidup
melunaskan apa yang patut
sebelum dijemput...
weave us some lies
Monday, March 24, 2003
Tuesday, March 18, 2003
Bukan Mistikus Cinta
Ini bukan cerpen atau hikayat purbawara. Ini bukan sebuah penulisan ‘Mistikus Cinta’ kerana ia bukan lagu Dewa. Hanya sebuah cerita yang tidak membawa sebarang makna. Kisah yang mungkin berlaku di sekitar kita, kesilapan dan kesalahan teknikal kita menilai seorang insan. Adakah minda yang pincang atau diri sendiri yang tidak melihat dengan mata hati? Banyak kemungkinannya di sini...
Kisah ini berlaku sekitar abad ke 21, di era kepesatan arus teknologi yang sudah semakin maju. Semua mahu lebih pantas, lebih laju. Segala-galanya perlu digital. Di sebuah negara bernama Malaysia. Di bandar metropolitan penuh dugaan Kuala Lumpur. 3 watak utama; bawa 3 keperibadian dan latarbelakang yang berbeza.
Seorang gadis bernama Adia. Gadis pemalu berusia suku abad. Pendiam tetapi dia masih ceria. Gadis ini punyai jiwa yang berantakan. Wajah manis, perwatakan sopan membuatkan ramai yang terpukau. Tetapi, dia ada perasaan. Diamnya bukan bermakna dia takut. Diamnya berisi bukan minta dibenci.
Hadirnya seorang jejaka; Ameer. Masih di awal 20-an. Perwatakannya yang ceria jadi daya penarik, murah senyuman dan suka ketawa. Ya, mungkin dia bisa jadi ‘Jejaka Idaman Malaya’. Ramai yang sudi mendampinginya. Dia disenangi namun hatinya sepi. Kecewa sering menemani. “I’m not living, I’m just killing time... “ lirik Radiohead itu seakan sebati dengan jiwanya. Tetapi, tiada siapa yang tahu. Baginya hanya Adia yang sudi mengerti.
Shehriz; watak ketiga yang lebih selamba. Caranya yang begitu buat ramai yang tertanya-tanya. He’s full of surprises! Mungkin dia seorang yang possessif. Pernah mencuri hati Adia. But he’d prefer no strings attached to him. Segalanya mungkin mengenai Shehriz.
Adanya Ameer di sisi Adia buat gadis itu gembira. Ameer menaruh hati namun dia masih tidak berani. Takut semuanya tidak menjadi. Ah.. biarkan saja begini. Persahabatan lebih penting dari segala-galanya buat Ameer. Dia begitu mempercayai Adia walaupun protesnya terhadap wanita kadangkala lebih daripada api yang membara. Kata orang dia ‘biased’. Persetankan saja kata orang! Namun bagi Ameer, Adia; dia sangat berbeza. “She’s my special case...” katanya. Setiap hari mendampingi Adia adakalanya buat dia terleka yang bait-bait cinta sedang mekar di dalam hatinya. Seringkali Ameer menafikannya.
Adia amat menyukai Ameer. Mungkin ia cinta, mungkin ia dusta? Banyak tanggapan mengenai dua anak muda ini. Dalam diam Adia masih menyayangi Shehriz. “Sysshh!...” Ia rahsia!. Dia bingung, perasaannya dipenuhi konflik. Fikirannya serabut; lebih serabut daripada akar-akar rumput. 2 jejaka ini bertakhta di hatinya. “Aduh!... Mengapa bisa jadi begini?” Adia hanya mampu mendiamkan diri. Ini tidak mungkin terjadi. Apa yang terlintas di fikirannya, dia akan biarkan saja kemungkinan yang berlaku. Tanpa disedari, tindakannya itu akan buat satu jiwa sengsara.But that's not my problem... I must get what I want!" bentak Adia. Just wait and see...
Hatta suatu hari, Ameer dirundung malang. Mindanya celaru... kusut. Dia jadi buta. Penglihatannya kabur.
“Kenapa mesti aku?!?”
Tiada jawapan yang pasti untuk persoalan itu. Ameer tidak ada tempat mengadu. Hanya Adia; ya... Adia cinta hatinya itu... Dia mungkin tahu apa yang berlaku.
Ameer mencari Adia dengan penuh pengharapan walaupun dia sendiri dalam kegelapan. Buta itu bukan dia yang pinta. Adia yang ditemui bukan Adia yang dia kenali dulu. Gadis yang dia dampingi dahulu palsu. Menyedari Adia kini bersama Shehriz. Tidak ada penjelasan yang diperlukan lagi. Ameer sememangnya buta sebelum dia mengetahuinya. Mungkin kerana belum lagi terbit buku “Blind and Stupid For Dummies” di pasaran.
Adia sememangnya keliru. Tarikan magnetik Shehriz lebih kuat dan hebat daripada keikhlasan Ameer terhadapnya. “I’m sorry, maybe we should be just friends...“ Hanya itu hadiah terakhir Adia buatnya. Kata-kata Adia membuatkan mata Ameer berkaca. Dua biji mata yang buta itu mengalirkan cecair jernih yang terkandung segala derita.
“Kenapa mesti aku?”...
Ameer; si buta kini berlalu. Adia termangu. Shehriz cemburu. Keadaan sungguh sukar dalam dunia yang kecil ini. Tidak mungkin ada ruang untuk orang ketiga. Hanya berdua. Angka ‘dua’ itu buat Ameer sengsara. Kepercayaan tidak mungkin akan wujud lagi dalam dirinya. Adia; dia bahagia walaupun diselubung rasa bersalah; Shehriz kembali di sisinya.
Mungkin Ameer bakal jadi seorang 'retard’ yang berhati kecewa. Barangkali Adia akan duduk bersama Shehriz di atas pelamin angan mereka. Selamat berbahagia!... Bunga-bunga cinta Adia yang mekar untuk Ameer hanya bunga sintetik murahan. Tiruan yang penuh penipuan. Mungkin ia “Made in Taiwan”. Cantik hanya di mata, tiada bau-bauan harum yang datang darinya. Shehriz punya ‘master key’ kebun bunga di hati Adia. Hari ini bunga itu bisa mati, namun esok ia akan tumbuh lagi. Ya... kebun itu dia yang punya!
Monday, March 17, 2003
ingin kulontar rasa kasih ini jauh-jauh
jika hanya berkarat kalau disimpan
mahu kubakar dunia ini
biar abunya terbang menghitamkan bintang di langit
aku sudah bosan dengan tangisan rintihan di padang ini
biar kucungkil mata-mata itu agar tiada lagi titisan air mata
biar kukoyak mulut-mulut itu agar tiada lagi keluh kesah yang terluah
biar kupotong kaki-kaki itu agar mereka tidak bisa berlari lagi
berhentilah menangis
bosan sudah aku dengar saban hari
berhentilah berlari
sebelum kakimu kucabut dan kuhumban ke lombong
mungkin patut kau cabut nyawamu sendiri
jika sudah bosan dengan hidup ini
warna i
warna
aku tunggu
aku hitung
aku nanti
kunjungan mu
biar panas
biar hujan
biar berpasir terus
tanpa air
aku tunggu
warna
aku akan tunggu kau datang
biar aku terlewat ke destinasi
aku akan tunggu
walau jemu
warna ii
warna
aku ingin
bernafas
bersama warna
pelangi mu itu
agar dibuang semua
yang keruh
yang suram
yang gelap
aku ingin terus hidup
bersama warna warna pelangi mu itu
aku ingin melayang bersamanya
datang segera
selamatkan aku
dari kegelapan
yang sakit
Wednesday, March 12, 2003
aku mahu lari
ke hujung yang tidak pasti
ke akhiran yang tidak berpenghuni
biarkan aku seorang diri
biarkan aku berpeluk dengan sepi
kerana di situ aku ingin mencari
sebuah kehidupan yang lebih hakiki
aku mahu lari
jauh-jauh dari sini
tinggalkan sebuah kesakitan
yang membelit jiwa
yang merantai hati...
aku mahu lari
ke mana-mana sekalipun
kerana di sini tiada apa lagi yang tinggal
serpihan kaca itu hanya memedihkan
memberi luka yang berpanjangan
bersama kecewa yang tidak sudah
aku mahu lari
mencari kembali hati yang hilang
menggapai semula impian yang usang
biar..
biar aku jatuh
tersungkur menyembah bumi
kalau itu takdir untukku...
aku petik dari jurnal sahabat aku, Nureffa.
ada erti disebalik cerita ini. ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.
kawan, terima kasih atas ceritera ini~
{ SATU CERITERA }
Lebat hujan di luar. Mari sahabat, duduk di sini. Aku perdengarkan satu hikayat. Ceritera lama sudah berdebu-debu dimamah zaman.
Dalam sebuah belantara, di hujungnya tanjung berpuaka. Seekor anak gagak – hitam dan kecil, jatuh dari sarangnya. Patah sayap kiri, menangis memanggil ibu. Apa daya sang ibu pergi mencari makanan, buah untuk santapan, penyambung hidup. Merintih-rintih dia, berdarah-darah sayapnya lalu menyerap, ke tanah pamah yang basah. Dia telah ditakdirkan Tuhan mencipta satu sejarah, satu kisah dalam catatan kasih sesama insan.
Adapun, di seberang sana sebuah istana, kediaman puteri dan putera di raja. Seorang putera muda, berdiam diri di balairong seri, termanggu-manggu melihat mekar kiambang teroleng-oleng di permukaan tasik, di dalam taman larangan. Betapa sunyi dan sepi hatinya, betapa kosong jiwa dan rasa. Sudah tiga malam dia bermimpi sekuntum kenanga dari belantara memanggil-manggil, merintih-rintih. Putera bertekad mahu mendapatkannya, mungkin mimpi membawa erti sesuatu yang sangat indah, sangat pasti.
Menjengah dan menjelajah bersama sekumpulan pahlawan, memburu rusa dan pelanduk kecil, melihat pokok meranti tinggi menjulang langit, melihat akar tempua menjalar memasak bumi. Ular kecil dan serigala hutan, gajah putih dan helang merah. Tidak dia peduli, hatinya mencari sesuatu yang ditakdirkan Tuhan. Dan tiba-tiba di hujung kaki, belum sempat dipijaknya, seekor anak gagak hitam yang sudah berdarah, cuba-cuba untuk terbang, jatuh semula. Menggelepar seketika saat disentuh putera, lalu diam mengerti.
Maka, pulanglah putera ke istana, membasuh dan mengubati sendiri luka yang bersisa, ada sinar sayang terpercik sendiri dari hati, anak gagak hitam dan sakit di tatang, di jaga setiap hari. Di simpan dalam sebuah sangkar, di tempa dari emas, di tatah segaris mutiara. Rela putera berlapar jika anak gagak tidak menjamah hidangan, rela putera berjaga, melihat anak gagak terkuis-kuis tidak lena. Bertahun-tahun dalam singkapan takdir manusia, putera semakin dewasa dan kesayangannya pada gagak ini tidak berubah, tidak berganjak.
Siang malam gagak ini menghiburkan putera dengan keletahnya, dengan bunyinya yang bising dan parau. Sesekali putera mengeluarkan dia dari sangkar biarkan dia terbang di sekitar taman istana, berlegar-legar gagak ini kembali ke tapak tangan , takut benar terbang jauh dari penglihatan, perhatian sang putera yang mengasihinya. Putera ini pula, tidak berhenti-henti bercerita, bergurindam dan menyanyi riang, membelai sayap gagak hitam yang mengangguk-angguk, bahagia benar sang putera di dalam dadanya sejahtera.
Hujan makin lebat. Mahu aku teruskan ?
Dan ditakdirkan Tuhan, gagak ini tidak semena-mena pilu hatinya. Melihat camar dan unggas hutan bebas terbang di langit menjulang. Seperti dapat menggapai matahari, seperti dapat menyentuh embun di puncak gunung. Memerhati dari celahan sangkar berkerdip emas, ada hasrat yang meronta-ronta, ada suara alam dan kehendak memanggil dari belantara kelahirannya. Gagak menangis di dalam sangkar, putera bingung terpana tertanya. Apa yang tidak cukup dilengkapkan, makanan enak ditambah, membelai terus gagak yang menangis, mata gagak ini tidak lepas memandang belantara dan langit putih di sana.
Tahulah putera kehendak sang gagak, mahu pergi dari sisinya. Ke belantara kelahirannya, ke langit biru pujaannya. Melepaskan atau tidak, kesayangannya, kekuatannya, kebahagiaannya. Menangis putera berhari-hari, terisak-isak memegang sangkar. Tidak mahu menjamah santapan, terlalu derita.
Gagak bertenggek di atas pagar, di belakangnya istana putera di depan kehidupan, ketenangan, azali ciptaannya. Gagak pilu menghiris-hiris, tidak rela mendengar kesedihan sang putera menangis, berkali-kali berlegar-legar di dalam istana, kemudian berpatah balik mengikut kata hatinya. Sang gagak sudah sakit, sang putera makin gering.
Membina kebahagiaan sendiri dari penderitaan insan lain adalah terlalu menyakitkan. Berpura-pura bahagia pula terlalu ngilu menghiris, tidak tertanggung kekecewaannya.
Sang gagak - mati di dalam sangkar, atau mati di atas pagar. Aku sendiri tidak tahu kesudahan hikayat ini.
Sahabat, hujan sudah berhenti.
ingin kulemparkan resah ini,
ke lautan yang dalam,
ke gunung yang tinggi,
ke ruang angkasa yang menebar,
tapi aku tak berdaya.
hanya kusimpulkan resah ini,
kuanyam jadi gubahan,
dalam deru rasa,
dalam seru indera,
terpateri sebuah cerita.
resah ini anugerah,
bahawa aku masih punya rasa.
Tuesday, March 11, 2003
aku mahu lari....
ke hutan...
ke tengah lautan...
biar aku sesat..
biar aku lemas...
aku tidak mahu lagi di sini..
di sini jiwa terlalu sakit..
di sini juga jiwa terlalu penat..
rasanya sudah tidak berdaya lagi untuk aku teruskan...
segalanya penuh liku dan duri...
aku mahu sesat di hutan....
aku mahu lemas di tengah lautan....
Monday, March 10, 2003
WWW
Apabila melihatkan tajuk artikel ini, pastinya ada yang menyangka ia berkaitan dengan world wide web. Sangkaan anda salah! Jeng jeng jeng!... Teruskan membaca bagi mengetahui jawapan sebenarnya! Hehe!
Setiap hari akan kedengaran rasa tidak puas hati lelaki terhadap wanita. “My girlfriend doesn’t understand me... “ ataupun rungutan mengenai teman wanita atau isteri yang banyak songeh. Sounds familiar right?
Baru-baru ini saya keluar makan bersama-sama beberapa orang rakan rapat saya. Seperti biasa ada saja topik-topik hangat yang seringkali menjadi pilihan kami. Kali ini topiknya mengenai seorang sahabat saya baru sahaja putus cinta. Alasannya, “She didn’t understand me and my work... “
Inilah masalahnya jika terlalu obses dengan pekerjaan. Bukan niat saya untuk menyalahkan lelaki. Saya pasti ramai juga kaum Hawa yang workaholic. But this is where the balance in life takes place! Walaupun hakikatnya kerjaya itu lebih penting, tetapi perkara-perkara lain juga memerlukan perhatian yang sama rata. Rakan saya itu seorang yang sangat rajin bekerja. Boleh katakan bayaran untuk waktu kerja ‘overtime’ sudah melebihi bayaran gaji bulanannya sendiri! (Pasti anda sudah dapat bayangkan betapa rajinnya sahabat saya ini!)
Mungkin pada mata sahabat saya, kekasihnya tidak dapat menerima situasi kerjayanya yang memerlukan perhatian lebih. Eventhough he gave her everything, materials are not the things that she expect from him. So, what’s the big deal?
Sememangnya kaum Hawa diciptakan untuk kaum Adam, tetapi percintaan menuntut lebih daripada limpahan material. Percintaan bukan bermakna melafazkan kata-kata cinta dan ayat-ayat jiwang berbunga ketika kali pertama kamu melamar si dia untuk menerima cinta kemudian dibiarkan saja menjalani hidup tak ubah seperti single woman. Seperti puisi dalam filem Ada Apa Dengan Cinta; “Bosan aku dengan penat, dah enyah saja kau pekat. Seperti berjelaga jika ku sendiri...“ Mungkin ada sesetengah wanita yang tidak kisah mengenainya. No fuss about it! But, there’s give and take in love and it requires both sides to make it work! Bak kata pepatah; “Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi!”.
Saya percaya ramai lelaki yang tidak bersedia untuk melibatkan diri dengan percintaan. Masih ramai lagi yang tidak berani memberikan komitmen. Tetapi jangan salahkan wanita sekiranya cinta mereka beralih arah. Life goes on and we have to keep on moving. Perkara ini sering berlaku terutamanya dalam hubungan yang tawar dan hambar. Saya percaya yang lelaki juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama. (Jangan nafikan!) Sometimes you need to spice things up! Make it more fun and adventurous for both of you!
“Think you gotta keep me iced, you don’t! Think I’m gonna spend your cash, I won’t! Even if you were broke, my love don’t cost a thing...!” Sudah tentu tergiya-giya di telinga anda dengan lagu nyanyian si seksi Jennifer Lopez itu. Ada sesetengah lelaki yang berpendapat, wanita hanya mahukan material semata-mata. Well... well... I hate to say this, but you’re damn wrong lad!... Walaupun material itu penting, tetapi tidak semua bergantung semata-mata kepadanya.
Jadi, apa sebenarnya yang dicari oleh wanita dalam diri seorang insan bergelar lelaki? Mungkin ia adalah satu misteri yang sering dipersoalkan oleh kaum Adam selama ini. Seperti yang kita sedia maklum, wanita memerlukan seorang lelaki sama seperti lelaki memerlukan kehadiran wanita dalam hidupnya. That’s what it’s all about isn’t it?
Situasinya sama juga seperti memiliki sebuah kereta. Ya, kereta yang menjadi idaman kamu selama ini. (Saya tahu kereta adalah ‘isteri’ pertama kebanyakan lelaki!) Jika sudah memiliki kereta idaman, sudah tentu minyak perlu diisi. Barulah kereta kamu itu boleh dipandu dan ditayang keliling kampung! Bukan setakat minyak sahaja, tayar dan enjin perlu sentiasa diperiksa. Ia juga perlu dicuci, dibersihkan dan digilap sehingga bersinar-sinar.
Wanita juga perlukan perhatian sepertimana yang diberikan kepada kereta kamu itu. Cuma keperluannya berbeza. Umumnya, kasih sayang adalah perkara asas dalam sesebuah perhubungan. Rasa hormat juga sangat penting. You cannot love anyone or anything unless you first respect them. Kemudian, kamu perlu belajar untuk memberi dan berkongsi. Tetapi harus diingat, memberi bukan bermakna menyerahkan semua harta benda kamu itu kepada si dia melainkan kamu betul-betul mempercayainya. Jangan nanti ada yang meraung di tepi jalan dengan hanya memakai sehelai celana pendek bercorak bunga warna-warni kerana ditipu! (Sungguh tragis... tetapi ini pernah berlaku!)
Ada pendapat yang menyatakan; cinta yang bermula dengan persahabatan adalah lebih baik. Friendship is the soil through which love’s seeds grow. So, if you want to bring love into a relationship, you must first bring friendship! Kebiasaannya, sahabat lebih memahami kita dalam apa jua situasi. They know how exactly we look like when we wake up in the morning and how miserable we are when we upset. Setuju?...
Bukan setakat itu sahaja, sentuhan juga penting dalam sesebuah percintaan. It is said that touch is one of the most powerful expression of love, breaking down barriers and bonding relationship. Ya, ini sudah terbukti dengan ribuan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia. A hug could lift up one’s spirit whenever one felt down and upset. Namun, kamu harus berhati-hati, jangan ikut sedap saja nak menyentuh seseorang, silap hari ada yang makan kasut! Don’t say that I didn’t warn you!
Kadangkala, melupakan sesuatu adalah jalan yang terbaik. Mungkin pengalaman silam membuatkan kamu berasa kurang berkeyakinan atau tidak mahu menaruh harapan tinggi terhadap sesuatu atau seseorang. But love means letting go of our fears, prejudices, ego and conditions. Persoalan “I may survive life, but can I survive love?” seharusnya tidak timbul. Terus terang saya katakan, cinta adalah asas kepada kehidupan dan hidup ini adalah satu perjuangan. Jangan mengalah sebelum kamu mencubanya dahulu. You’ll never know unless you give it a try. Amacam? Berani?...
Satu lagi perkara yang sangat penting dalam percintaan dan wanita sangat mengambil berat mengenainya ialah komunikasi. Ia adalah kunci kepada segala-galanya. Apakah makna bercinta jika hanya satu pihak yang berkomunikasi? Mungkin si dia boleh bersabar, tetapi sampai bila? Setiap benda hidup yang bernyawa di mukabumi ini berkomunikasi di antara satu sama lain. Ayam berkokok, kambing mengembek, anjing “gong gong” dan manusia... ?
Realitinya, hidup ini bukanlah seperti filem bisu hitam putih lakonan Charlie Chaplin. Filem bisu itu pun bukan kehendak mereka yang sebenarnya. (Tidak wujud lagi teknologi audiovideo pada waktu itu!) Learn to speak out. Let the person you love know that you love and appreciate them. Always leave someone you love with a loving word, it could be the last time you see him/her. Pasti ia akan jadi satu tragedi yang menyayat hati. Walaupun kamu bina bangunan seindah Taj Mahal atau setinggi Menara Berkembar KLCC ataupun kamu buat aksi ekstrim terjun bungee dari helikopter ke dalam kawah api atau berlawan dengan naga sekalipun ia takkan dapat membawanya kembali kepangkuan kamu.
Tidak dinafikan ramai lelaki yang agak gementar apabila mendengar perkataan “komitmen”. Alasannya, tidak bersedia. Namun jika kamu komited ia akan jelas terpancar dalam setiap apa yang kamu lakukan. Kata rakan saya “When you are committed to someone or something, quitting is never an option...” Ya, saya setuju dengan kata-kata rakan saya itu.
Kepercayaan juga salah satu elemen paling penting dalam perhubungan. Without trust, you cannot love someone or something completely. Jika kamu tidak mempercayainya, what’s the whole point of getting involve?
Mungkin artikel ini membuatkan kamu terfikir saya adalah seorang pro-feminist yang cuba menyalahkan kaum lelaki. But I’m not trying to be biased here. I’m just showing you to what can help you to understand women better because I am a woman. Saya yakin ramai yang bersetuju dengan apa yang saya tuliskan di sini. Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. So, if you don’t want to end up as a lonely old man,... spare some time and spend it with the person you love. Try to find out about WWW --- “What Women Want...”
aku mahu mulakan hidup yang baru
hidup yang lebih bercita-cita
hidup yang lebih bertujuan
bukan seperti sekarang
hidup terumbang-ambing
hidup sekadar hanya meneruskan nyawa....
Saturday, March 08, 2003
Hatiku pernah disakiti
hatiku pernah dikecewakan
sakitnya lahir dan batin
walaupun telah ku katakan
kau ku maafkan
teruskan hidupmu dengan pilihanmu
aku tidak berdendam
jauh di sudut hati
aku menyimpan kepedihan
dan tidak ingin menganggapmu
sebagai kawan
10 tahun ku tanggung luka ini
walaupun aku telah ada pengganti
kau tetap datang dalam mimpi ngeri
mengganggu tidurku sesekali
aduh pedihnya terbawa sehingga terjaga
namun kini aku nekad
aku tidak mahu berdendam lagi
hanya menyakitkan hati sendiri
kau ku hubungi kerana terpaksa
walau tidak ku nyatakan maaf di dalam warkah elektronik itu
aku harap kau mengerti
sesungguhnya
kau telah ku maafkan
kau kini ku anggap rakan
kerana
aku tidak mampu lagi
menyimpan dendam ini
aku ingin mati dengan aman
Friday, March 07, 2003
...di dada ini ada rasa
membuak-buak ingin keluar
padamu ingin kunyata
tapi lidah kukelu hendak berkata...
pejuang maya
kalau tikus masuk dalam mangkuk susu?
1. jerit mintak tolong
2. mintak doa pada Tuhan
3. menyelam ke dasar mangkuk dan korek lubang
4. langgar tepi mangkuk supaya mangkuk tergolek
1 dan 2 adalah usaha untuk mendapatkan bantuan dari luar.
3 dan 4 adalah usaha dengan kekerasan
apa tindakan yang betul sekali?
jatuhkan diri sendiri dalam semangkuk susu. apa yang kita buat supaya dapat keluar dari mangkuk itu, itulah yang betul sekali. orang lain hanya akan cakap, kita yang akan buat.
encikkhairul
menyimpan satu rasa
dalam gerak yg tiada tafsiran
hanya empunya diri yang tahu
hati dan perasaan
luarnya lain
siratnya pelbagai
senyumnya tidak menggambar gembira
sedunya tidak semesti duka
dunia inikan pentas?
anne
kemana hilangnya
bait-bait kata yang ku anyam semalaman?
kemana ghaibnya
ilham-ilham yang ku fikirkan semalaman?
tandus semuanya
lenyap semuanya
tidak tertinggal
biar sebaris kata...
amyz
~~~~CubaTry~~~~~~
CubaTry BiayaPay
UntukFor PerangWar
Untuk Missles
Untuk Bullets
Untuk Tanks
Untuk Jets
For Penaklukan
For Kempen
For Minyak
For Duit
MinumDrink
MakanEat
PakaiWear
BeliPay barang musuh mu
SpillTumpah darah saudara mu
Wednesday, March 05, 2003
Dia
Aku bertemu dia untuk pertama kali secara rasminya minggu yang sudah.
Dia yang pernah membuat hati ini membenih sayang.
Dia yang juga pernah membuat hati ini membusut kelukaan.
Bukan mudah untuk aku melupakan dia.
Melupakan setiap cerita kenangan bersama dia.
Juga melupakan kelukaan yang dia kirimkan.
Dia pernah menjadi impian suatu ketika dulu.
Pernah menjadi harapan.
Dan dia juga pernah menjadi kebencian
Sayang itu mengatasi kebencian, membolehkan aku menerima dia semula.
Menerima dan memulakan semula perhubungan itu.
Mula seperti dulu-dulu.
kau tentu pernah dengar pepatah ini
jika kau pegang ia erat, ia akan lemas
jika kau pegang ia lemah, ia akan lari
jadi bagaimana kau harus memegangnya?
peganglah dengan kemas.
kau tahu,
kau perlakukan aku jua seperti itu.
kau kata sayang.
tapi kau tak mahu pegang aku
kau kata kau pentingkan aku
tapi kau biarkan aku..
terbang. hilang. resah. rindu..
dari kau seksa aku~
baik kau lepaskan aku..
kan senang?
Layang-Layang Berangka Buluh
Terbang tinggi sebelum subuh
Layang-layang berangka buluh
Berbaju hitam putih Utusan Melayu
Tersangkut dia di dahan layu
Disentap putus talinya
Dijolok robek layarnya
Semoga kamu merasai kemanisan,
sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan,
Semoga kamu menjadi redha,
sedangkan manusia marah,
Semoga ada orang memakmurkan,
di antara aku dan kamu,
sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran,
Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih,
maka semuanya menjadi mudah,
dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah
adalah tanah..