Tahun 2003 dah 7 bulan berlalu. Apa yang aku dah buat sepanjang 7 bulan ni? Aku rasa aku banyak membuang masa, berangan, blogging, surfing Internet. Macam tak ada kerja lain.
Memang aku ada kerja. Tapi aku tak suka kerja aku. Orang suruh cari kerja lain, aku liat. Bukannya aku tak cari. Tapi yang mana aku berkenan, mereka pula tak berminat dengan aku. Susah juga bila dah tua macam aku tapi skill tak ada.
Sebenarnya yang aku paling suka ialah duduk rumah, jaga anak. Tapi keperluan ekonomi tak membenarkan aku berbuat begitu. Takkan nak harap duit suami saja. Macam mana dengan adik-adik dan ibu-bapa aku. Kalau aku tak kerja , siapa nak tolong mereka?
weave us some lies
Thursday, July 31, 2003
Wednesday, July 30, 2003
Apa ada pada nama
Kengkadang terasa macam nak jer dedulu abah bagi aku nama yang keless-keless atau glemer-glemer gitu. Bagi aku nama Ghazali ke, Gundoruwo ke (nampak cam brutal dan gangster) atau Iqbal ke, Faizul ke (nampak cam islamik dan educated).
Kalau nama hero pun cool dan masyuk gak. Farid ke, Taufik ke, Redha ke atau Rosyam Noor ke. Best ajer sebab nama pun dah ensem. Tentu orang suka dengar bila sebut nama aku pahtu nak berkenalan. Best ajer.
Tapi aku syukur sebab abah bagi aku nama ni. Agaknya masa tu abah ngan mak pening jugak nak reka nama untuk aku yang beranak tak cukup bulan ni. Thanks abah. I love you. Al Fatihah!..
Tuesday, July 22, 2003
kangkang versus kapak
wa memang tak mau kacau hidup lu lagi la, minah. serius wa cakap.
tapi malam semalam, wa sudah tersend sms sama lu. salah wa juga, simpan no phone lu lagi nak buat apa? baik wa delete je terus.
tapi lu sudah panik. wa rasa nak ketawa terguling-guling. berhantu gak sms wa eh?
Friday, July 18, 2003
mendung dihati
bilakah akan berarak pergi?
mentari mengintai setelah gerimis
ku harapkan sinar membawa pelangi
mengapa hujan turun lagi?
Saturday, July 12, 2003
apa dalam kepala otak kau hari ni jigo?
aku tidak boleh berahsia dengannya. sebaik saja telepon diangkat tunangku berkata, "hah kenapa awak telepon kita hari ni? awak banyak dosa dengan kita kan?"
aku terus terdiam. aku memang banyak dosa. tapi aku tahu 'dosa' mana yang dia maksudkan. aku lebih berdosa kerana berahsia tentang 'dosa' itu.
dia mungkin tidak tahu rahsia apa yang aku sembunyikan darinya. tapi jika dia tahu, akibatnya pasti lebih teruk lagi. ya! aku mengaku aku mempunyai 'hubungan sulit' dengan perempuan lain. ia 'sulit' kerana tunang aku tidak tahu. dan perkataan seerti dengan 'sulit' ialah 'sukar'.
hubungan ini memang sukar. ibarat menarik rambut dalam tepung. dan ia juga menyebabkan aku menjadi ketagih! tapi percayalah!! aku bukan mahu menukar selera. aku masih sayangkan tunang aku. dia tidak cantik tapi biarlah dia saja menjadi suri hatiku.
"awak telepon saya ni, tunang awak tau tak?" teman 'sulit' saya tiba-tiba bertanya.
"tau," aku menjawab pendek. aku berbohong lagi. ketagihan yang melampau menyebabkan aku tidak dapat membezakan baik buruknya perbuatan aku. rahsia menjadi baik bila ia tidak diketahui. tapi bila sudah tidak dapat disembunyikan lagi, ia mungkin membunuh dan aku yang menjadi korbannya.
"kawan-kawan saya pesan: baik-baik dengan awak sebab awak dah bertunang. nanti tak pasal-pasal saya kena serang."
kepala aku menjadi kosong. tiada apa yang aku boleh fikirkan untuk diluahkan. aku tidak mahu berbohong lagi. satu pembohongan akan diikuti oleh beberapa pembohongan lagi. hingga akhirnya pembohongan tidak dapat disembunyikan dan terus meletup seperti gunung berapi.
tapi aku cukup-cukup rimas dikongkong. aku tau sejauh mana aku boleh pergi. aku sedar setakat mana aku boleh sampai. tidak kira berapa jauh aku pasti teringatkan tunang aku. ah! aku nampak jelingan sinikal itu. kau pasti berkata, "kalau ingat kenapa buat camtu?"
seperti yang aku sudah katakan tadi aku cepat rimas. aku rimas bila dikongkong. aku akan meronta. aku akan memberontak. bila aku sudah memberontak aku tidak peduli akan akibat yang akan terjadi. mungkin aku patut bertemu pakar jiwa.
hubungan aku ini memang sulit tapi ia tidak lebih dari persahabatan. percayalah! kami tidak pernah keluar bersama. walaupun hati ini meronta-ronta mahu bertemu, aku cuba untuk tidak bertemu. biarlah pertemuan itu berlaku bila sudah cukup matang. hidup aku lebih tenang jika aku bisa hidup mengikut jam aku sendiri. dan aku percaya, dalam beberapa hal kau pasti aku akan bersetuju. kalau kau rasa kau mahu jumpa, pergilah jumpa. jangan jumpa kerana terpaksa. jangan jumpa kerana termakan hasutan kawan. jangan jumpa "kerana kawan".
detik demi detik, sebenarnya aku sudah menjadi takut. hahaha!!! ada orang takutkan lipas. ada yang takutkan ular. aku takutkan pada satu perhubungan yang boleh menjerat. aku ibarat "tak jumpa tali, akar dijerut ke leher sendiri." tapi sesuatu yang sulit itulah terasa nikmatnya. rokok yang dihisap secara curi-curi di zaman sekolah lebih terasa nikmatnya berbanding rokok yang dihisap sekarang.
alangkah bagusnya kalau teman sulit aku ini seorang lelaki. aku ikhlas bersahabat dengannya. aku tidak mahu kehilangannya kerana semata-mata dia itu seorang perempuan atau aku ni tunangan orang. aku tidak percaya dia akan jatuh hati pada aku. dan kekuatan diri aku pula terletak pada kesetiaan. aku yakin kesetiaan boleh 'menyelamatkan' aku. aku memang benar-benar setia. lebih setia dari lembu.
mungkin juga aku bodoh dan hodoh seperti lembu.
Wednesday, July 09, 2003
cebisan hati ini berterbangan ke udara
dalam kepulan asap yang kian menebal
entah di mana apinya
kau masih tercari-cari
kehidupan bagai mentertawakanmu
dalam jerih perit kau terus mengharungi
lambat laun kau pasti akan tersandung
sekejap saja lagi nyawamu akan hilang