Aku ingat kita boleh jadi kawan
memandangkan kemesraan kau tempoh hari
mungkin itu kelemahan aku
terlalu awal menilai orang
aku bukan merajuk, cuma terkilan
ada jugak orang macam kau di 'sini'
aku tak pasti kenapa kau tak mahu memanjangkan sillaturrahim ini
mesti ada sebab
dan antara sebab-sebab itu mungkin:
1. Kau belum ada kawan waktu itu,jadi kau berbaik dengan aku
2. Aku tak selawa kau ( yer ker??..)
3. Aku tak popular
4. Nama aku tak pernah disebut dan tak pernah juga ditemuramah
5. Aku tak menang apa-apa anugerah
Sorrylah beb!
aku bukan macam kau
aku tak pilih bulu dalam berkawan
aku tau
aku jugak nak kau tau
bukan semua orang macam kau
dan aku menulis, bukan kerana nama...