Aku ingin berlari
Jauh aku ingin pergi
Biar, biar aku jatuh tersungkur
itu hidupku
kau, kau dan kau usah peduli
kerana aku tahu
perlarianku tidak akan berpenghujung
yang menanti hanya mati
weave us some lies
Friday, February 28, 2003
Thursday, February 27, 2003
ke mana lagi akan kau cari diri yang hilang
tabir malam, belakang awan sudah kau selak?
di dasar lubuk hitam mungkin ia terbenam
sanggup kau selam?
pergilah
pergi jauh dari sini
jangan kembali lagi
di sini cinta yang pernah kau campakkan tiada ertinya
anak-anak ini aku lihat hanya menendang cintamu bagai bola
mereka tertawa melihat cintamu masuk lumpur
Wednesday, February 26, 2003
dulu aku kata aku tak boleh. Tapi sebenarnya aku boleh melakukan walaupun tak sebaik mana.
Tapi yang sebenarnya aku tak minat. Aku tak suka.
Hati bila sudah tidak suka, tidak boleh dipaksa-paksa.. nanti jadi yang bukan-bukan..
aku ingin mencari diri yang hilang. yang sudah entah apa-apa jadinya.
aku dah bosan. bosan.bosan.bosan.bosan
Friday, February 21, 2003
dia termenung jauh. entah mengapa. senyuman manisnya seakan tawar.
dia tak mampu lagi untuk tersenyum untuk sesiapa pun.
siapalah yang tahu luka hatinya? siapa?
siapalah yang ingin memahami? cuma tahu menghukum dirinya
dipenjara dalam kesalahan yang bukan sedikit..
kenapa? dia tertanya. tapi akhirnya dia pasrah dan redha.
semoga Allah memberikannya hidayah.
semoga Allah menunjukkan rahmatNya.
adakalanya dia tidak sanggup lagi menghadapi segalanya.
terasa semangat hidupnya terbang bersama runtuhnya harapan yang dibina selama ini.
dia kalah. dia jatuh.
tapi dia harus bangun. dia tahu dia harus bangun.
cuma dia mahu bangun ditempat lain.
mahu membina hidup baru ditempat lain.
bukan disini.
disini dia akan mati..
Thursday, February 20, 2003
TOrN
Peace is what they tell me
Love am I unholy
Lies are what they tell me
Despise you that control me
The peace is dead in my soul
I have blamed the reason for
My intentions poor
Yes I'm the one who
The only on who
Would carry on this far
Torn, I'm filthy
Born in my own misery
Stole all that you gave me
Control you claim you save me
The peace is dead in my soul
I have blamed the reason for
My intentions poor
Yes I'm the one who
The only on who
Would carry on this far
Wednesday, February 19, 2003
kenape la x jupe dulu?
kenape bile x jupe, baru nak ckp?
kenape aku tak tahu?
kalau dari dulu tahu, kompem x mcm ni.
kenape la weehh?
"Nothing is as frustrating as arguing with someone who knows what he's talking about."
~ Sam Ewing
Monday, February 17, 2003
bEtTER bY faR yoU sHould FOrgET AnD SmiLE...thAn That You sHouLD RemEMber And bE SaD... ~christina rOSseTti
Saturday, February 15, 2003
Me...
Im rusted and weathered
Barely holding together
Im covered with skin that peels
and it just wont heal
Friday, February 14, 2003
Tuesday, February 11, 2003
Cinta Bersegi-segi
bercerita tentang cinta. satu topik yang tak pernah habis untuk diperkatakan.
mari kita bercerita tentang perkongsian kasih. si lelaki pasang dua makwe satu masa.
bijak betul lelaki ini. apa lah agaknya dia guna sampai dua gadis jatuh cinta?
kita tak tau. tapi kita akan cakap perempuan tu bodoh.
tapi bodohkah kita kalau kita jatuh cinta? bodohkah?
entah.. aku tak tahu. tapi soal hati dan perasaan ini memang sukar untuk dimengertikan.
ah.. yang untungnya si lelaki lah. robek-peranda perasaan gadis dibuatnya.
tak kasihan pada perempuan kah?
aduh lelaki, janganlah diberi harapan kalau takut tak kesampaian.
jangan tamak kan kasih sayang. kau mungkin kehilangan keduanya
terlalu basi dan banyak sebenarnya topik ini. suami kahwin lain. pakwe ada perempuan lain.
suami ada simpan perempuan. pakwe ada affair dengan makwe orang lain.. bla.. bla.. bla..
kita perempuan. aduh, merananya..
sampai hilang kepercayaan aku pada lelaki sebenarnya.
yang tak kuat iman, ha.. jangan la percaya sangat..
mentimun tergolek, terluka, digolek pun terluka.
zaman sekarang ni payah nak cari lelaki yang benar-benar jujur pada si isteri @ awek.
kiranya aku ditakdirkan jatuh cinta dengan suami orang ke, pakwe orang ke,
aku try to undur diri dari memasukkan diri aku dalam lubuk kekecewaan sekali lagi.
risiko dia amat berat. 3 hati.
isk.. isk.. isk.. soal hati dan perasaan ini bukan mainan. bukan ringan.
terluka sikit, sampai mati boleh terasa lagi.
ya Allah, hindari lah aku dari menyakiti hati hawa yang lain.. amin.. amin.. amin..
(amyz)
Monday, February 10, 2003
“Mi amor…”
Jangan ingat demam bola saja yang menyerang Malaysia, hari ini demam drama Amerika Latin juga turut melanda. Maria Mercedes si ratu gelek berpunggung seksi ala JLo menawan hati, La Usurpadora cerita sedih mengembalikan nostalgia era gemilang soap opera Dynasty (Ibu saya cukup meminati telenovela ini!), tidak kurang hebatnya drama Mis Tres Hermanas cinta tiga segi yang banyak plot-plot menyakitkan hati (Kasihan Margarita jadi mangsa maki hamun penonton yang tak puas hati! Awas, jangan sampai tendang tv!) dan baru-baru ini kisah si Betty yang hodoh tapi bijak bistari menawan hati Armando yang bengis asyik nak marah-marah namun akhirnya mengalah; sudah tentunya Yo Soy Betty La Fea.
Semuanya berkisarkan cinta. The world is filled with love!... and yes, love is all around us. Bagi yang menyambut Hari Kekasih, tanggal 14 Februari adalah tarikh yang dinanti-nantikan. Dalam ratusan hari setahun, hanya satu hari itu sahaja si kekasih dilayan dengan penuh keistimewaan. Pelbagai cara dilakukan untuk menawan hati kekasih pada hari istimewa ini. Buat mereka yang mempunyai kekasih, hari ini tentunya hari yang sangat bahagia. Tokei-tokei kedai juga bahagia. Ya, banyak dapat untung jualan terutamanya bunga. Tentu saham coklat dan bunga mawar melambung tinggi pada tanggal 14 Februari. Mahu tak nya, setangkai bunga dijual 4 kali ganda dari harga biasa! Gila! Ya, tapi siapa yang gila? Peniaga atau kita yang gila? Hahaha! Tak kisah la siapa, janji si buah hati pengarang jantung intan payung gembira! Duit habis pun tak mengapa. Wah!... Bahagia dibuatnya kalau setiap hari dilimpahi hadiah begini.
Tidak cukup dengan hadiah, kata-kata manis dan indah juga memainkan peranan penting pada hari istimewa ini. Si dia pening kepala membelek-belek kamus Perancis atau Sepanyol mencari makna perkataan-perkataan ‘jiwang’ untuk dicoretkan dalam puisi cinta untuk si kekasih. Biar tunggang langgang ayatnya, janji ada bunyi macam dalam drama-drama di tv itu sudah memadai. Lagi pun, si dia bukannya mengerti. Paling tidak, dia hanya tersenyum kucing pura-pura faham makna ayat yang diberikan kononnya ia menyentuh hati. Kata Plato, “At a touch of love, everyone becomes a poet!”. Benar, saya amat setuju!
Berbalik pada kisah telenovela Latin tadi, pengaruhnya makin dirasai. Setiap hari ada saja perkataan-perkataan baru yang terkeluar dari mulut penggemar-penggemar telenovela ini. (Rakan-rakan saya juga tidak terkecuali!) Jam 4.30 saja sudah terpacak di depan tv. Tak pernah miss satu episod pun! Punyalah fanatik!... Habis cerita, tiba masa untuk berangan pula. Mahu jadi seperti Lisa Estrada atau mahu cari boyfriend seperti Santiago. Busuk-busuk pengaruhnya, ringtone handphone juga lagu tema drama yang ditonton. Tak cukup di tv, di telefon pun mahu juga!
Si lelaki, cari ayat-ayat puitis untuk si gadis. Mi amor... amore... por favor mi amor! Te qui ero... Se me pero el corazon... je’taime mon amie... (tapi ini sudah bahasa Perancis) Ah, macam-macam lagi ayat-ayat latin ini. Tak kurang juga yang berazam mahu mempelajari. Tidak tahu ilmu pengasih, tahu ilmu bahasa pun jadilah! Cukuplah buat si gadis cair mendengarkan perkataan-perkataan pelik yang baru kali pertama didengari.
Zaman tok nenek kita dahulu, perkara-perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran mereka. Malah tidak ada hari istimewa untuk disambut bagi memperingati kekasih hati. Hendak hantar surat cinta pun sorok bawah pasu bunga, inikan pula hendak berdua-duaan. Silap hari, ‘buku lima’ hinggap di muka.
Mungkin 30-40 tahun yang lalu cara mereka berbeza. Generasi hari ini lebih terbuka atau dalam erti kata lain; lebih “global” dan up-to-date. Hari Kekasih disambut di seluruh dunia; tidak kira di Malaysia, Afrika, Indonesia, China, Uganda, Amerika, Mexico, Somalia, Brazil, Jepun atau Korea. Semua menyambutnya.
Namun begitu, ingin saya ingatkan di sini; Hari Kekasih tidak semestinya diraikan hanya bersama kekasih atau teman istimewa sahaja. Kita boleh menyambutnya bersama ahli keluarga, ibu bapa, kakak, abang, adik, datuk atau nenek yang tersayang. Treat them special. Show them how much we appreciate their love and sacrifices.
Bagi mereka yang masih single, available, eligible and looking mungkin pada hari ini, tekanan lebih dirasai. Di sana-sini terlihat manusia berpasangan. Di kampung dan bandar, di shopping complex, di panggung wayang, di restoran, di pasar malam, di mana-mana. Mahu terperap di rumah, bosan pula. Kawan-kawan semuanya keluar bersama buah hati mereka. Kesian... Apa nak buat? Dah nasib badan. Waktu itulah teringat xgf / xbf yang pernah ditinggalkan/meninggalkan. Sedih, sebak, pilu, sengsara, kecewa, geram, marah, benci dan macam-macam lagi perasaan datang mencengkam jiwa raga. Peliknya dalam amarah yang meluap-luap itu (kalah lava gunung berapi yang menggelegak), timbul pula rasa hendak bercinta semula. (Eleh, mengaku saja!) Tapi itulah sebenarnya cinta. Ia bukan untuk dibenci. Ia adalah satu perasaan suci untuk dirasai.
Ada juga yang menyimpan azam hendak cari pengganti dalam masa yang terdekat ini. Tidak mahu sendiri lagi. “Nobody wants to be lonely..” seperti kata Ricky Martin. Sebelum itu, ambil peluang ini kenali diri sendiri. Cuba cari apa yang masih kurang dan perlu diperbaiki. When the time is right and you have found your Mr / Mrs Right, jangan lupa praktikkan perkataan "Mi amor...” untuk memanggil kekasih baru itu nanti! Siapa tahu, mungkin juga ia satu formula yang berkesan bagi mengeratkan hubungan. Selamat Hari Kekasih!
Friday, February 07, 2003
Aku kehabisan kata kata untuk mengungkap betapa aku menyayangi dia. Betapa aku merindukan dia, walau dia di depan mata. Perasaan apakah ini? kalau cinta... ah, itu aku tau. Atau ini sayang? Tapi bukankah kata orang cinta lebih hebat dari sayang.. Mungkin ini kasih? Entah... aku masih tak jumpa kata kata yang sesuai untuk mengungkap sayang, kasih dan cinta padanya...
..Pilihan
Ini bukan pilihannya. Pilihannya bukan begini. Dia terpaksa. Keadaan memaksa dia membuat pilihan begini. Akhirnya, dia terhukum dengan pilihannya sendiri.
Bukan mudah untuk dia hidup dengan pilihan begini. Puas dia memujuk hati. Merelakan pilihannya itu. Namun, hampa. Hati degil. Hati berkeras tidak mahu mencambah minat pada pilihannya.
Bosan. Dia sudah terlalu bosan dengan pilihannya. Juga sudah terlalu bosan dengan hidupnya.
Letih. Dia sudah terlalu letih dengan tanggungjawabnya. Juga sudah terlalu letih dengan sebuah keterpaksaan.
Sinis dia mendengar setiap kali ada yang membuka mulut, berkata tentang keikhlasan pada dia. Ikhlas. Dia mengaku, adakalanya dia tidak ikhlas kerana keterpaksaan itu lebih beraja di dalam hatinya.
Dia sepatutnya berundur. Menarik diri daripada terus tersepit dengan pilihan begini. Pilihan bertunjangkan keterpaksaan sungguh menyakitkan. Amat memedihkan bila kita tidak mampu untuk meredhai.
Tapi, dia sedar. Adakalanya, dalam membuat pilihan dia perlu berkorban. Pengorbanan dalam hidup tidak boleh dipisahkan. Andai dia tidak berkorban, pasti dia akan terkorban.
Hey kawan, tariklah tangan dia. Bantulah dia mengumpul kembali semangat yang kian pudar. Dia perlu hidup. Dia perlu huluran itu, untuk teruskan hidup.
Kerana liku yang dihadapi bukan sedikit.
Wednesday, February 05, 2003
Nilai sudah tiada bila apa yang kata tak kau kotakan. Bukan aku sengaja untuk merobohkan apa yang aku janjikan padamu. Aku tertekan di dalam 2 alam yang berbeza. Tetapi bagimu, alam yang berbeza sewajarnya selari, bukan bersanggahan. Tapi kau tak memahami, bukan semua alam yang kau harungi akan damai senantiasa. Apatah lagi bila dunia kita cukup berbeza. Memang aku tak salahkan kau kerana kau tak memahami. Kerana aku sendiri keliru. Patutkah aku menyalahkan alam yang berbeza. Adakah aku mangsa dalam semua ini. Adakah aku teraniaya.
Aku jadi keliru. Bukannya senang untuk menangani dua alam. Tapi hanya dua alam yang kau kenal pasti. Kau tak mengetahui alam-alam lain yang aku harungi. Kau tak perlu mengetahui. Kerana kau tak akan memahami.
Adakah aku bersalah. Adakah aku hanya menabur janji-janji palsu - lantas kau tak mahu menhiraukan aku. Adakah kau terluka. Aku nyatakan yang aku juga terluka, kerana bukan niat aku untuk memungkiri janji-janji aku - mungkin aku terlalu banyak berjanji sehingga nilai-nilai janji aku - tidak lagi bermakna buatmu.
Mungkin aku perlu menyepi, mengunci mulut aku dari menabur janji. Maafkan aku. Aku tak mahu lagi berjanji, kerana terlalu banyak janji yang belum lagi aku tunaikan. mungkin janji aku, akan aku lansaikan janji-janji yang masih lagi belum tertunai. Itu janji aku pada mu. Andaikan kau tidak percaya, aku tidak dapat untuk memaksamu, kerana aku aku, nilai janjiku padamu sudah tiada lagi.