Si Lady Driver
Pada satu hari tu di tahun-tahun sudah, aku bawa kereta dan aku tumpangkan seorang kawan lelaki yang nak sangat naik kereta proton biru yang buruk tu. Bawa kereta di jalan-jalan KL buat kesabaran aku di bawah kawalan kepala otak.
mula-mula boleh tahan sabar lagi sebab bawa "pakwe" yang boleh tahan handsome kat sebelah. kena la control. karang apa pulak dia kata. dengan tersipu-sipunya. dengan kontrol ayunya. ceh! rasa macam hipokrit pula. hahaha..
tetiba ada pula kereta mana ntah buat kurang ajar masuk tak bagi signal yang memaksa aku menekan brek sekaligus sedas-dua driver kereta tu kena maki dengan aku.
"pakwe" di sebelah aku ternganga mendengar french aku. oppss!! i did it again! selepas tu, tersipu-sipu lah aku menahan malu dan muka aku jadi panas satu-dua macam. aduh.. malu gila bila dia cakap, selama ini dia tengok aku lemah lembut *wakakakaka...* dan tak pernah tengok aku marah, sekali bila aku drive aku jadi orang lain yang bukan lemah lembut dan tak pernah marah.. aku hanya senyum malu dan cakap "sorry". dia cakap takpelah.
lepas hantar dia balik, aku pun balik rumah dengan rasa nak hentak-hentak kepala kat stereng kereta. bila lah nak pandai kawal baran nih? Dan itulah kali pertama dan terakhir dia naik kereta aku. lepas tu dah takde lagi. agaknya dia taubat nak naik kereta dengan aku lagi.. hahaha..