sayang seribu kali sayang..
walau seribu aku sayang.. kau sayang cuma satu.
walau seribu aku tunggu.. kau satu di hati aku.
walau seribu aku nanti.. kau telah pergi jauh dari sisi.
walau seribu aku tahan.. kau takkan mungkin dapat ku tawan.
takperlu tunggu seribu lagi.. kau telah ku lepaskan pergi..
weave us some lies
Thursday, July 29, 2004
Tuesday, July 27, 2004
Sesekali bila aku renung pemandangan di luar sana, hati jadi sayu. Sayu kerana selama ini aku terlupa untuk menilai keindahannya. Sedangkan setiap hari, pemandangan itu bertukar wajah. Suram, ceria dan sesekali menangis membasahkan muka bumi. Lebih sayu apabila sedar bahawa selama itu juga aku telah banyak ketinggalan... Mungkin aku patut jadi lebih peka selepas ini. Aku ingin menjadi saksi perubahan wajah dan emosinya, terutama sewaktu sang suria ceria menyinari bumi seperti cerianya aku di kala ini...
Tuesday, July 20, 2004
Lelaki itu suami orang!!
Aku tak marah ko nak kawan dengan sesiapa pun. Aku tak halang ko nak keluar ke mana pun. Aku tak marah ko nak couple ngan sesiapa pun. Suka hati ko lah. Pandai lah ko jaga diri ko tu..
Tapi ko kena sedar, lelaki yang ko keluar saban waktu itu punya anak isteri yang di tinggalkan di rumah?
Ko cakap ko tahu, ko sedar. Tapi ko sanggup keluar dengan dia juga? kenapa? Tak boleh ko tahankan diri ko dari berbuat demikian?
Aku cuma tak mahu ko menyesal di kemudian hari. Ko fikirkan lah. Ko dah besar..
Thursday, July 08, 2004
Aku bukan seperti dulu. Bebas dan tiada siapa yang boleh menghalang. Kedewasaan mengajar aku tentang hidup dan batas-batas yang patut aku patuhi. Aku tak boleh kembali ke waktu dulu. Waktu aku terlalu mengikut nafsu mudaku.
Aku rasa aku perlu berubah dan demikianlah aku sekarang. Aku takkan buat apa-apa demi memuaskan hati orang lain. Aku cuma memikirkan tentang diri aku dan keluarga aku. Aku cuma lakukan yang terbaik untuk diri aku.
Aku tak mahu berkorban terlalu banyak kerana aku tahu kesudahannya aku yang terluka. Cuma aku yang merasa pedih perit luka yang parah. Kau tak kan tahu, kerana kau tak pernah tahu apa yang aku alami.
Aku telah banyak terluka. Dan aku tak mahu menghadapinya lagi. Maafkanlah aku..
Friday, July 02, 2004
Ikutkan rasa; binasa, ikutkan hati; mati...
Banyak sebab mengapa aku tulis begini
9 akal yang diberi, 1 nafsu itu dituruti,
Suka bercakap membesarkan diri
Orang sekeliling yang makan hati,
Bila bersuara, dituduh 'busy-body'
Bila diam, dikata tuli
Bila susah, diri dijauhi
Bila resah, "Kau pandai-pandai sendiri..."
Di mana insan yang sepatutnya melindungi?
Kemana pergi kekasih yang seharusnya mengasihi?
Mana dia manusia yang berjanji sehidup semati?
Jangan berjanji kalau tak ditepati,
Jangan meminta kalau tak sudi memberi,
Jangan berpura kalau tak ingin menyakiti,
Kesimpulannya mudah;
jangan jadi HIPOKRIT!...