Thursday, June 30, 2005

:-(
:-(

kemuraman. kesuraman.
dingin. beku.

:-(
:-(

Monday, June 27, 2005

Tak Seindah, Hari-hari yang kuidamkan
Untuk bersamamu
Tiada lagi ruang, Di hatimu
Untuk kucurahkan segala
Apa yang ku rasa,
Tapi kau tak percaya
Siapa ku dihatimu
Hanya mengganggu hidupmu

Maafkanku, Aku tak berdaya membahagiakan kamu
Tiba saatnya, Ku kan pergi jua mengakhirkan segalanya

Salahkah ku, Hanya mahu menyintaimu
Salahkah aku, mendekati hatimu itu
Salahkah aku, Sekadar menemani dirimu
Salahkahku, Ku tak bisa meninggalkanmu


song by - The muffin

Lepas satu, satu cerita yang aku dapat. Makin lama aku rasa makin remuk hati aku dibuatnya. Entahlah. Susah sebenarnya nak berhadapan dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Tapi nak tak nak terpaksa juga. Ini hidup aku. Ini jalan yang aku pilih.

Dalam semua orang yang aku tanya, tiada seorang pun yang menyokong apa yang aku buat. Semuanya minta aku lupakan, lepaskan. Ya, aku ingat kata-kata itu, If u love someone, let it go.


Aku tahu, aku berusaha macam mana pun, aku tidak akan dapat apa yang aku nak. Biarlah. Mungkin ini akan menjadi pengajaran untuk aku.

Apa yang aku perlu buat sekarang? Menangis? Ketawa? Kedua-dua ada dalam diri. Tetapi kau hanya nampak salah satu daripadanya. Ya, kau hanya nampak aku ketawa sedang dalam hati, aku nampak kedua-duanya.

Macam-macam aku nak buat sekarang ni. Banyak benda aku dah 'missed' dalam hidup. Aku terlalu tumpu satu perkara dalam hidup dan tidak mencuba perkara lain. Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak buat itu-ini. Nak belajar make-up, nak belajar berenang, nak belajar buat facial, nak kerja part-time, nak buat sistem sendiri dan banyak lagi.

Tapi macam mana? Nak start kat mana? Nak buat mana dulu?

Tapi yang pasti, walapun berdikit-dikit, akan aku lakukan satu demi satu.

Monday, June 13, 2005

Frust..

Bukannya nak cari gaduh atau apa. Cuma adakalanya, aku terasa hati.. jauh di dalam hati ini.. betapa aku tidak dipeduli. :-(

Thursday, June 09, 2005

Habis hari ni aku keluarkan semua sumpah seranah. Biar hari ini aku menjadi aku yang dulu. Biar hari ini kamu semua tahu aku ini orang yang macam mana.