Manusia berubah. Kawan juga boleh berubah.
Kau memang merepeklah kalau kau kata ada manusia yang tak berubah. Ada yang berubah dari segi fizikal ada juga yang berubah dari segi emosi. Mungkin faktor pembolehubah bagi seseorang itu berbeza dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain, tapi pokoknya manusia boleh berubah dan tidak boleh tidak akan berubah.
Ada yang berubah hanya kerana mendapat teman baru. Ada yang berubah setelah mendapat cahaya mata. Ada yang berubah setelah berijab-kabul.
Tapi itulah kita, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Dan setiap kali hujan, ada juga pasir yang berubah. Silap-silap berlaku pula banjir kilat.
Ada yang berubah bila disinari sedikit perhatian dari orang sekeliling. Apatah lagi bila dikurniakan sedikit pangkat dan kekayaan. Apatah lagi jika diberatkan dengan sedikit tanggungjawab.
Itulah manusia. Samada kau suka atau tidak. Itulah kita.
Aku. Dan engkau.