Aku pasti
diri semakin matang kini
boleh membezakan antara
kecurangan dan kejujuran
walau perjalanan masih jauh
yang nyata langkah ini lebih berhati-hati
dalam menongkah arus dugaan
Cerita silam itu adalah pengalaman
yang cukup mendewasakan...
dan biar kenangan semalam
kujadikan pedoman
dalam menggagahi suratan kehidupan...
weave us some lies
Monday, August 25, 2003
Wednesday, August 20, 2003
Aku cakap kat diri aku
"Aku perlu bersyukur"
"Aku mesti berterima kasih"
Aku cakap kat diri aku berpuluh kali...beratus kali
Tapi setiap kali aku cakap itulah..
Di sebalik kesyukuran dan ucap penghargaan itulah...
Keluhan itu datang
Sesalan itu bertandang
Aku kata lagi...
"Takpe..takpe..."
"Sikit je ni"
"Apa sangat la semua ni"
"Nanti hilang la semua ni nanti...tengoklah"
"Orang lain kena lebih teruk"
Yang ni pun aku cakap banyak kali...berpuluh kali...beratus kali
Tak....datang jugak...bertandang jugak...
Lama-lama aku give-up
Aku tak suruh datang..aku tak jemput...
Tapi dia datang jugak..bertandang jugak..
Dan semua ini mengajar aku jangan berkata apa-apa lagi.
(Baca: Aku mula menerima hakikat)
Tuesday, August 19, 2003
...
apa ertinya kemaafan?
kalimah itu bagai pedang
menusuk jauh ke lubuk hati
kaulah teman, kaulah saudara
di bahu inilah kau selalu menangis
tangan inilah yang selalu menarikmu naik
salahkah jika hati ini sudah kusediakan
daerah yang paling sunyi untuk mu bidadari?
memang terlalu berat untuk menolak
terlalu sukar untuk menerima
cintamu masih belum dapat kumiliki
walau sayangmu terlalu murah
tidak layakkah aku untuk merasainya
walau sedetik cuma?
tanpa cintamu akan pahit hubungan ini
aku mungkin akan mengerti
tapi tiada lagi ruang yang tersisa untuk
secebis kemaafan untukmu
Friday, August 15, 2003
Maafkan aku
andainya keputusan ini membakar impianmu
namun aku terpaksa dem kebaikan kita...aku pasrah!
Bertahun sudah kita berkawan
kaulah teman,kaulah saudara
tempat mengadu dan tempat mencurah perasaan
namun satu tak pernah terduga
kau menyimpan hasrat dilubuk hatimu
walau baru kini kau nyatakan
hakikatnya ia telah lama berbunga...
Apa yang harus aku katakan?
terlalu berat untuk menolak
terlalu sukar untuk menerima
kerana aku tahu kau tak mudah berputus asa
Aku sayang tapi bukan cinta
dan untuk memberi lebih dari itu
sesungguhnya aku tak mampu
maafkan aku...
Aku harus buat keputusan
walau kau akan terkilan
dan aku terus diburu kekesalan
satu yang kupinta
semoga kau akan mengerti...