Saturday, March 27, 2004

"Kau nak tau pasal konflik ego pensyarah yang ada title nama DOKTOR kat nama dia?"

"Huh! Boleh gaks."

"Tahun lepas aku dilantik jadik Pengerusi untuk Sukan Staf. Pastu bawah aku ni adalah dua tiga AJK dikalangan yang bertitle ni. Akupun buatlah tuags aku. Minta AJK sama-sama kerja keras untuk pasukan. AKu minta tolong kat satu Doktor ni. Alah biasalah kita nak buat pertandingan ni kenalah ukur ketinggian net dan sebagainya. Kang tak apsal-pasal orang komplen. Aku mintak tolong kat dia. Pastu alih2 dia melenting."

"Melenting napa?"

"Dia kata apa hak aku nak arah-arahkan dia sebab aku ni cuma pegawai pentadbir jerk."

"La..awat lagu tuh?"

"Aku cakap kat dia. Memanglah u ada title DOKTOR. Tapi dalam organisasi pasukan tuh aku Ketua. So, aku bukan arah membabi buta. Aku cuma minta tolong..minta jasa baik dia tolong buat kerja tuh. Walaupun aku ada hak mengarah, tapi aku tahu lah nak ubah struktur ayat meminta dia buat kerja ngan cara yang bagaimana. Tu pun dia meracau-racau takut maruah dia jatuh sebab diarah oleh aku yang tak bergelar nih!"

"Abis tu lastly?"

"Lastly, dia letak jawatan. Jangan harap aku nak pujuk. Pi lantak dia jadi luncai. Terjun dengan labu-labunya. Apa kau ingat nama kau ada title DOKTOR? PROFESSOR? DATO'? TAN SRI? DAN APA-SAJA-GELARAN-DUNIA di depan tuh ko besar sangat?. Jawatan tu kat dunia jerk. Kat akhirat esok toksah mimpi Tuhan nak bagi ko masuk syurga free!"

Aku bungkam seribu bahasa.



"eh Gom, semalam aku nampak xxxx"

"ha?! apa khabar dia sekarang? dia dah kahwin ke?"

"ntah, tak sampai hati plak aku nak tanya."

"dia amacam? dah kurus ke maintain cam dulu gak?"

"ada kurus sikit dari dulu."

"whoa!! menarik gak tu. hahaha!!"

Then make me miss you...
Then make me miss you...

So wash your face away with dirt
It don't feel good until it hurts
So take this world and shake it
Come squeeze and suck the day
Come carpe diem, baby

Thursday, March 25, 2004

5 bulan.. bertahan lah..
pejam celik.. pejam celik..
aku rasa nak pejam selama2nya..
tak tau la aku cukup kuat atau tak..
takkan nak berendam air mata jer..
ketepikan keperluan sendiri..
ada yg lebih memerlukan..
be a better man

Wednesday, March 24, 2004

Everybody hurts : REM

When the day is long and the night,
the night is yours alone
When you're sure you've had enough of this life,
well hang on

Don't let yourself go,
everybody cries
and everybody hurts
sometimes

Sometimes everything is wrong,
now it's time to sing along

When your day is night alone
(hold on, hold on)
If you feel like letting go
(hold on)

When you think you've had too much of this life,
well hang on

Everybody hurts,
take comfort in your friends
Everybody hurts,


Don't throw your hand,
oh no, don't throw your hand
when you feel like you're alone,
no, no, no, you are not alone

If you're on your own in this life,
the days and nights are long
When you think you've had too much, of this life,
to hang on

Well everybody hurts,
sometimes
Everybody cries,
everybody hurts,
sometimes

But everybody hurts
sometimes
so hold on, hold on, hold on,
Hold on, hold on, hold on, hold on, hold on,

Everybody hurts
You are not alone

[ wanna learn more about the song? ]

Friday, March 19, 2004

Lampu Merah Atau Putus Saja Bila...

1. ego gile babih nyer.. tak adil plus tak penah nak paham apa kita ndak walaupun small matter jek.

2. tak mo bagi komitmen.

3. asyik break, sambung balik. break, sambil balik. break, sambung balik......... so on.. and on..

4. tak bagi support kat cita-cita dan impian kita.

5. ada jurang yg memisahkan.. atau keinginan jauh berbeza..

6. tidak pernah berusaha utk membahagiakan kita - w/pun sekadar tipon atau ingat kopok lekor peberet kita.

7. tak 'suspect' kat kita langsung. (hehe... respect sbenarnya.. si saiful apek selalu ckp suspect.. haha..)

8. awal² lagik tak ok, camne nak carry on??

9. alasan bertahan - sbb dah kawan lama dah.. semilan tawon semilan hari semilan jam dan semilan saat.

10. asyik menipu jek.. tipah tertipu bang.. tipah tertipu.. huhuhu..

11. buat mende tak senonoh atau ajar buat mende tak senonoh. Kuwang ajaq la tu..

12. memukul.. ape pukul² nih? sakit arr...!!

kengkadang bukan nak cari alasan.. cuma fikirkanlah yg terbaik utk diri kita.. sayang la diri kita dulu sblom sayang org lain. sebab banyak mana pon kau sayang dia, tapi dia wat camtu kat ko. tak guna beb! tak guna sayang org yg menjadi duri dalam hati kita nih. yang tanggung sakit kita. baik lepaskan saja. sebab itu yg buat ko dan dia bahagia, okeh tak??

Thursday, March 18, 2004

kalau dulu..
pantang merajuk..
berpeti2 kata memujuk..

sekarang...
....................................... *diam*
ok

bila cinta dah tak ada
hidup pon kembali mcm biasa

bila aku bgn pagi ni aku rasa tak sedap
mmg harini tak sedap
patut la
agaknya aku ni ada ilmu
ilmu perasan lebeyyyy
ek?

Wednesday, March 17, 2004

kalau tak ada angin, takkan pohon bergoyang. tapi kalau pokok tak bergoyang, jangan pula kau gatal-gatal nak goyangkan. silap-silap terjatuh sarang tebuan.

biarlah berdentum guruh di langit, air tempayan jangan dibuang. mendung tak menjanjikan hujan. tapi tidak ada salahnya kalau kau bersedia dengan payung.

biar terbang sekawan burung, lada jangan mula dipipiskan. burung seekor yang ada di tangan lebih baik dari sekawan burung yang ada di langit luas.

batu kalau selalu ditimpa hujan, lekuk juga. belakang parang kalau diasah tajam juga.

Thursday, March 11, 2004

lu apahal?

angin takde, ribut takde, tiba-tiba meletup je!!

sakit jiwa ke hapa?

penantian satu penyiksaan...



bila laaaa pukul 4:45 nihh?? aku nak balik dah nihh.... huhuhuhu..

i'm sorry. I can't be perfect...

Wednesday, March 10, 2004

KAWAN KAHWIN

Oi! Kawan dah kahwin. kau bila lagi?
Oi! Kawan kau dah berpunya. Kau bila lagi?
Oi! Kawan kau dah beranak. Kau bila lagi?

Yang kau sibuk-sibuk kenapa?
Kau sendiri cermin diri dulu sebelum lancang mulut melulu.

DIALOG ZAKI DAN AKU

Kata Zakri kepada aku;

"Dia sudah pulang. Ya! Pulang. Aku jumpa dia sekejap cuma. Itupun dia telefon mahu jumpa dan minta tumpang barang di rumah aku. Sudah dua hari dia berjanji mahu keluar makan. Tapi dia sendiri menidakkan janji. Tiga bulan lagi baru aku boleh temui dia. Ya aku bakal merindui tawa dia!"

Kata aku kepada Zakri;

"Sial. Kenapa aku pula dicengkam sedih"

Oscar Levant once said, "there's a fine line between genius and insanity. I have erased this line."

umm.. update kat sini macam menarik jek. malas betul nak update kat jurnal lagi satu tu. cam hampeh jek. rasa cam nak tutup jek. boring teramat. dah la tak lawa. buruk pulak tu. then memboringkan orang lain. biar diam² je kat sini, besh gak. kat sini bleh update ngan bebudak nih. seronok gak update ramai² kat sinih. senang sket. tak payah nak edit dalam dreamweaver then upload kat geocities. urgh! bosan nak upload².. halloooo.. ketinggalan zaman ker da_amyz?? semua orang pakai blogspot, danchan, diaryland bla.. bla.. bla.. still ko nak susah²kan diri dengan upload to geocities server? eh, bukan aku sorang kan? tapi kan sebenarnya, aku tak pandai nak using template kat blogspot, danchan, diaryland, bla.. bla.. bla.. tu semua sebenarnya. sebab aku suka design website. tapi cam hampeh.. kalo kreatif cam kak nett, rudi, mukeh, jigo bla.. bla.. bla.. tu tak ape lah.. ini design bussannnnnnn jekkkk..!!! pegi mampus je la da_amyz tuhh!!

Tuesday, March 09, 2004

Friedrich Nietzsche once said, "the surest way to corrupt a youth is to instruct him to hold in higher esteem those who think alike than those who think differently"

Now, my question is: "are you one of the corrupted youths?"

Wednesday, March 03, 2004

dalam beberapa hari lepas, aku rasa dihina lagi dengan kata-kata kakak aku.. lagi? ya, lagi! aku rasa sedih sangat.
aku tak tahu apa lagi harus aku pikul lagi. tanggungjawab dan penghinaan. kecewa? sudah semestinya..

entah. aku tak tahu mana silap aku. mana kesenangan aku. mana maruah aku. mana respect untuk aku.
tak ada. semua pandang aku sebagai seorang loser. yeah, I'm a loser!!

sebab bagi mereka, aku ada diploma dan educated tapi aku tak pernah nak senangkan family pun.
damn! if they ever understand how much responsible that burden my shoulder.

aku tak pernah nak ungkit apa aku buat untuk family. tidak sekali-kali.. they never understand. they never know..
nak bagi sokongan jauh sekali. sampai aku feel, they never love me.. huhuhu.. hahaha.. damn! bodoh betul aku mengharap macam tu..!!

my ego getting bigger. lagi diorang hina aku. lagi aku ignore every poisoning word come from they mouth!! at last semua-semua pun sakit hati. hahaha.. suka nya aku.. bodohnya aku!!

actually aku nak tulis something yang buat aku happy dan dihargai. tapi tak.. banyak sangat kejadian yang tidak menyenangkan hati perut aku lately. hai.. tekanan betul lah.. damn!!

“Eh, nama kau tak masuk dalam senarai penerima sijil penghargaan ke?”

Aku geleng kepala. Senyum melebar.

“Habis aku tengok kau tercongok sampai tersengguk buat kerja sampai tengah malam tu amende? Pulak tu hujung minggu.Takkan tak amik kira?”

Sekali lagi aku geleng kepala. Senyum masih meleret.

“Tak patut! Jabatan menang anugerah bukan kecil. ANUGERAH KUALITI KETUA PEMERINTAH NEGARA tu!”

“Tak kisahlah. Aku kerja kerana ibadah. Yang menilai nak bagi sijil tu manusia. Tapi ada lagi SIJIL yang PALING BESAR dari TUHAN. Maha Hebat! Maha Besar!”

Dia angguk kepala. Kemudian kami sama-sama tersenyum.

Tuesday, March 02, 2004

Betul kata kau, "Kenapa entry-entry yang sedih sahaja asyik menang?"
Bosan. Tentu sekali menyenakkan.

Mengapa harus saja yang sedih-sedih. Bukankah hidup ini perlu dihiasi dengan gembira sahaja. Tapi, yang tergambar hanyalah sengsara sahaja.

Bosan sekali. Kita patut buang cerita yang sedih. Biar gembira semuanya. Apa salahnya menjadi manusia yang pura-pura agar kita nampak gembira sahaja bukan.

...esok...

Elegi esok pagi - ebiet G. Ade

Izinkanlah, Ku kecup keningmu
Bukan hanya ada di dalam angan

Esok pagi,Kau buka jendela
Kan kau dapati seikat kembang merah

Engkau tahu, Aku mulai bosan
Bercumbu dengan bayang-bayang

Bantulah aku, Temukan diri
Menyambut pagi, Membuang sepi

Izinkanlah aku kenang, Sejenak perjalanan
Dan biarkan ku mengerti, Apa yang tersimpan di matamu

Barangkali, Di tengah telaga
Ada tersisa butiran cinta,
Dan semoga kerinduan ini, Bukan jadi mimpi di atas mimpi

Izinkanlah aku rindu,Pada hitam rambutmu
Dan biarkan ku bernyanyi, Demi hati yang risau ini.



Esok akan datang juga dalam hidup saya. Walaupun tidak mengharap tapi saya menanti. Ya, saya menanti agar esok memberi sedikit senyum dalam hidup saya. Tapi saya perlu tahu, walau bagaimana pun esok yang tiba, saya kena terima. Semuanya telah tersurat, biarpun esok bukan milik kita.

Esok. Saya telah berusaha untuk mendepani esok. Usaha yang saya selitkan dengan doa dan seterusnya tawakal. Semoga esok dipermudahkan untuk saya.

Saya menanti esok tanpa harapan untuk kecewa.

Monday, March 01, 2004

Api lilin aroma terapi sudah lama terpadam. Tapi anakku yang seorang ini masih tidak mahu pejam. Tidurlah sayang. Mama sudah seharian keletihan dihambat kerja pejabat. Mama juga mahu tidur. Melepas lelah sebelum memulakan hari esok dengan ceria. Aku ulang-ulang lagu Burung Kakak Tua kegemarannya. Dia minta aku dodoikan lagu itu menjadi teman tidurnya.

"Apsal Dik Na tak nak tidur-tidur ni?"

"Sebab Mama tak nyanyi lagu burung kakak tua"

"Kan mama dah nyanyi dari tadi sayang...."

"Itu bukan lagu burung kakak tua. Memangla rentak dia sama. Tapi yang mama nyanyi lain kata-katanya"

Aku terpinga-pinga. Eh! Salahkah lirik lagu kegemarannya yang aku nyanyikan?

"bow wrong car card two are
hang up they gent they law
none next saw dare two are
g-g near think all do are
"

...cemburu...

Suatu malam, seorang kawan (biar saya beri nama dia Nur) menelefon saya. Dia menyampaikan pesan dari Rul, bf dia - menyuruh saya menelefon Rul. Saya dan Nur hampir terputus hubungan dengn Rul. Hampir berbulan Rul menyepikan diri. Saya tidak pasti status antara Nur dan Rul selepas mereka memilih untuk berpisah dua tahun yang lalu. Mungkin mereka masih berkawan baik atau mereka telah menyambung kembali perkasihan. Saya tidak bertanya lanjut.

Nur kawan sekolej merangkap kawan serumah saya suatu ketika dulu. Dan Rul, kawan yang saya kenal dari IRC dan bertahun lama kenal. Saya yang memperkenalkan mereka berdua. Saya akan ceritakan lebih lanjut lagi tentang ini suatu hari nanti.

Setelah Nur meletakkan telefon malam itu, saya terus menekan nombor Rul. Tiada apa-apa yang dibualkan. Sekadar bertanya khabar dan Rul menjemput saya ke rumahnya hujung minggu. Ada majlis perkahwinan adik dia. Tidak lama kami berbual, saya tidak punya kredit untuk berlama dengan dia. Dan dengan janji yang dibuat oleh saya untuk menelefonnya esok atau lusa, saya akhirnya menekan punat off.

Sejam berlalu. Tiba-tiba saya mendapat SMS dari Nur. Bertanya saya sama ada saya sudah telefon Rul atau belum. Saya beritahu dengan jujur. Sudah. Kemudian Nur membalas lagi. Apa yang saya dan Rul borakkan? Apa yang Rul penting sangat mahu beritahu saya? Saya mula berasa kelainan, tetapi tetap menjawab juga. Rul menjemput datang ke rumahnya - Majlis Perkahwinan. Nur bertanya lagi. Kemudian, apa lagi? Tidak ada apa-apa. Itu saja.

Saya tidak pandai menilai orang. Tapi saya agak pandai meneka perasaan seseorang. Dan saya tidak akan pandai-pandai meneka perasaan orang kalau dia itu saya tidak kenal. Oleh itu, jika saya berada di tempat Nur mungkin saya juga berperasaan seperti dia. Anda mungkin juga. Saya cakap mungkin. Mungkin ada, mungkin tidak.

Cemburu. Ianya bukan satu perkara baru dalam perhubungan saya, Nur dan Rul. Sewaktu mula-mula perkenalan Nur dan Rul, perasaan itu bermain juga di fikiran saya. Jika dulu, Rul akan mendail nombor telefon rumah sewa saya dan bercakap dengan saya, tapi sejak itu tidak lagi. Rul tetap mendail nombor telefon yang sama cuma bercakap dengan orang yang berbeza. Saya cemburu bukan sebab saya ada hati pada Rul, tapi sebab saya mula rasa kehilangan. Tiada lagi kawan untuk berborak dan berlawak. Hidup saya terlalu banyak kehilangan manusia yang bernama kawan.

Dan saya dapat lihat dari riak wajah Nur apabila saya mengganggu perbualan mereka. Bukan saya saja yang perasan. Kawan-kawan serumah yang lain juga perasan. Maka bermula dari hari itu, saya angkat tangan-surrender. Saya buang rasa cemburu saya, untuk melihat mereka bahagia. Tak rugi pun, mereka berdua kawan saya.

Saya tidak salahkan Nur jika dia menyimpan cemburu pada saya atau Rul. Jika sekarang ini status dia dan Rul adalah seperti dua tahun yang lalu, dia berhak. Tapi jangan keterlaluan. Sebagai kawan yang sudah kenal lama, dia perlu percaya pada saya. Bertahun mengenali saya, sepatutnya sudah tahu bagaimana perangai saya. Walau ada kemungkinan, seseorang itu akan berubah.

Setakat ini rekod saya bersih. Tiada kes rampasan yang saya lakukan hingga di hadap ke muka pengadilan. Saya lebih suka menjadi lilin. Membakar, hangus untuk memberi cahaya kepada orang lain. Bila perlu, baru diambil api, hidupkan lilin. Jika tidak, terbiar di dalam laci. Atau kalau sudah terlalu lama, mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi.