Thursday, April 14, 2005

Menyampah benar aku dengan orang yang pandai bersandiwara. Konon tak tahu cerita, tapi berguni-guni cerita yang dia tahu.

Bila aku bertanya, dia pura-pura tidak tahu. Kemudian bertanya aku balik. Konon supaya aku cerita dari mula hingga ke akhir. Dan aku bila dia tidak tahu, aku pun corner cerita ke lain juga. Tidak mahu menceritakan hal yang sebenar. Bila dia mula mengarut, aku pun mengarut juga.

Hey kawan, aku bukan tidak tau tricks kamu tu. Bukankah itu cara kamu dari dulu sehingga sekarang. Tidak pernah berubah. Dan kau fikir cara kau itu sudah cukup bagus ke? Makin membuatkan orang meluat adalah.

Kalau kau boleh bersandiwara, aku juga boleh. Dan aku menjadi malas untuk melayan orang yang seperti ini.

Titik

Thursday, April 07, 2005

Cerita Satu:
situasi : si anak sedang membasuh pinggan mangkuk sementara si ibu sedang memasak. Tempat : Dapur

ibu :(membebel) ko ni A, bila nak kawen? dah tua tau! mak dulu baya ko dah 3 anak.

anak :(rolling eyes) sebab utama kenapa A kena kawen?

ibu : ko dah besar, dah kerja, mak risau la.

anak : mak nak ke A kahwin dpt laki teruk. kaki pukul. macam la semer orang kawen tu bahagia. lagipun susah nak cari lelaki yang betul2 baik.

ibu : ada aje la jawab ko. tak semua lelaki camtu. pilih le baik-baik. tak pun biar mak pilihkan.

anak : iiiewwwww..

pause

anak : mak, kelmarin A ada mimpi.

ibu : ko mimpi ape? mimpi ular? ha. bagus la. musti ada orang nak datang meminang nanti.

anak : betul la A mimpi ular. tapi ular tu tak sempat nak patuk pun, A tangkap, A baling jauh-jauh. masuk longkang.

ibu : (ketawa) patut la takde orang nak datang meminang ko...

Tuesday, April 05, 2005

Aku tahu kau rindukan aku. Aku juga tahu aku merinduimu.
Tapi kalau setakat rindu dari jauh, tak mahu pula
kau usahakan satu pertemuan, bagaimana boleh kita lampiaskan
rasa rindu itu?