Wednesday, March 03, 2004

“Eh, nama kau tak masuk dalam senarai penerima sijil penghargaan ke?”

Aku geleng kepala. Senyum melebar.

“Habis aku tengok kau tercongok sampai tersengguk buat kerja sampai tengah malam tu amende? Pulak tu hujung minggu.Takkan tak amik kira?”

Sekali lagi aku geleng kepala. Senyum masih meleret.

“Tak patut! Jabatan menang anugerah bukan kecil. ANUGERAH KUALITI KETUA PEMERINTAH NEGARA tu!”

“Tak kisahlah. Aku kerja kerana ibadah. Yang menilai nak bagi sijil tu manusia. Tapi ada lagi SIJIL yang PALING BESAR dari TUHAN. Maha Hebat! Maha Besar!”

Dia angguk kepala. Kemudian kami sama-sama tersenyum.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home