Wednesday, February 05, 2003

Nilai sudah tiada bila apa yang kata tak kau kotakan. Bukan aku sengaja untuk merobohkan apa yang aku janjikan padamu. Aku tertekan di dalam 2 alam yang berbeza. Tetapi bagimu, alam yang berbeza sewajarnya selari, bukan bersanggahan. Tapi kau tak memahami, bukan semua alam yang kau harungi akan damai senantiasa. Apatah lagi bila dunia kita cukup berbeza. Memang aku tak salahkan kau kerana kau tak memahami. Kerana aku sendiri keliru. Patutkah aku menyalahkan alam yang berbeza. Adakah aku mangsa dalam semua ini. Adakah aku teraniaya.
Aku jadi keliru. Bukannya senang untuk menangani dua alam. Tapi hanya dua alam yang kau kenal pasti. Kau tak mengetahui alam-alam lain yang aku harungi. Kau tak perlu mengetahui. Kerana kau tak akan memahami.
Adakah aku bersalah. Adakah aku hanya menabur janji-janji palsu - lantas kau tak mahu menhiraukan aku. Adakah kau terluka. Aku nyatakan yang aku juga terluka, kerana bukan niat aku untuk memungkiri janji-janji aku - mungkin aku terlalu banyak berjanji sehingga nilai-nilai janji aku - tidak lagi bermakna buatmu.
Mungkin aku perlu menyepi, mengunci mulut aku dari menabur janji. Maafkan aku. Aku tak mahu lagi berjanji, kerana terlalu banyak janji yang belum lagi aku tunaikan. mungkin janji aku, akan aku lansaikan janji-janji yang masih lagi belum tertunai. Itu janji aku pada mu. Andaikan kau tidak percaya, aku tidak dapat untuk memaksamu, kerana aku aku, nilai janjiku padamu sudah tiada lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home