Tuesday, July 27, 2004

Sesekali bila aku renung pemandangan di luar sana, hati jadi sayu. Sayu kerana selama ini aku terlupa untuk menilai keindahannya. Sedangkan setiap hari, pemandangan itu bertukar wajah. Suram, ceria dan sesekali menangis membasahkan muka bumi. Lebih sayu apabila sedar bahawa selama itu juga aku telah banyak ketinggalan... Mungkin aku patut jadi lebih peka selepas ini. Aku ingin menjadi saksi perubahan wajah dan emosinya, terutama sewaktu sang suria ceria menyinari bumi seperti cerianya aku di kala ini...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home