Sunday, November 16, 2003

A'kum pada semua ..
Syukur pada Illahi kerana diberikan peluang untuk menyajikan karya saya di sini.
Terima Kasih atas ehsan sdr. Jigo Morrison.

Puisi berikut adalah suara penyajak kerdil yang masih berkocak di sumur harapan.
Terimalah puisi ini:

Testamen

Penyair mentah beraksi mesta
Kalamnya giat menyusun aksara
Melakar tata mendonan sasa
Kalimat berjasa melantar bicara

Ku lingkar rahsia sebalik mata
Melaut nyata yang tiada lantangnya
Lakon manusia lagak kekata
Mengonon mengandai berpura-pura

Mengibar ikhtiar leraian sengketa
Sedetik cuai telagah bermula
Amuk makhluk menghentam dunia
Yang sedan insan tiada berdosa

Pujangga muda bukan penilik pendita
Namun usaha diterus menepis sengsara
Menepat bakti siangan malamnya

Awan ku lukis menghujan harapan
Ku tinting pintu penjara amanan
Tenteram, merana dibiar bertembungan

Di tembok langit ku ukir cita
Kelopak debunga baringi ijab pada-Nya
Ku akur aku juga manusia.

Elmi Zulkarnain Osman
( Suaraku )
Juga Buat Guy Ghazali,
Teman Yang Sentiasa Menghulurkan Motivasi.


161103

0 Comments:

Post a Comment

<< Home