apa dalam kepala otak kau hari ni jigo?
aku tidak boleh berahsia dengannya. sebaik saja telepon diangkat tunangku berkata, "hah kenapa awak telepon kita hari ni? awak banyak dosa dengan kita kan?"
aku terus terdiam. aku memang banyak dosa. tapi aku tahu 'dosa' mana yang dia maksudkan. aku lebih berdosa kerana berahsia tentang 'dosa' itu.
dia mungkin tidak tahu rahsia apa yang aku sembunyikan darinya. tapi jika dia tahu, akibatnya pasti lebih teruk lagi. ya! aku mengaku aku mempunyai 'hubungan sulit' dengan perempuan lain. ia 'sulit' kerana tunang aku tidak tahu. dan perkataan seerti dengan 'sulit' ialah 'sukar'.
hubungan ini memang sukar. ibarat menarik rambut dalam tepung. dan ia juga menyebabkan aku menjadi ketagih! tapi percayalah!! aku bukan mahu menukar selera. aku masih sayangkan tunang aku. dia tidak cantik tapi biarlah dia saja menjadi suri hatiku.
"awak telepon saya ni, tunang awak tau tak?" teman 'sulit' saya tiba-tiba bertanya.
"tau," aku menjawab pendek. aku berbohong lagi. ketagihan yang melampau menyebabkan aku tidak dapat membezakan baik buruknya perbuatan aku. rahsia menjadi baik bila ia tidak diketahui. tapi bila sudah tidak dapat disembunyikan lagi, ia mungkin membunuh dan aku yang menjadi korbannya.
"kawan-kawan saya pesan: baik-baik dengan awak sebab awak dah bertunang. nanti tak pasal-pasal saya kena serang."
kepala aku menjadi kosong. tiada apa yang aku boleh fikirkan untuk diluahkan. aku tidak mahu berbohong lagi. satu pembohongan akan diikuti oleh beberapa pembohongan lagi. hingga akhirnya pembohongan tidak dapat disembunyikan dan terus meletup seperti gunung berapi.
tapi aku cukup-cukup rimas dikongkong. aku tau sejauh mana aku boleh pergi. aku sedar setakat mana aku boleh sampai. tidak kira berapa jauh aku pasti teringatkan tunang aku. ah! aku nampak jelingan sinikal itu. kau pasti berkata, "kalau ingat kenapa buat camtu?"
seperti yang aku sudah katakan tadi aku cepat rimas. aku rimas bila dikongkong. aku akan meronta. aku akan memberontak. bila aku sudah memberontak aku tidak peduli akan akibat yang akan terjadi. mungkin aku patut bertemu pakar jiwa.
hubungan aku ini memang sulit tapi ia tidak lebih dari persahabatan. percayalah! kami tidak pernah keluar bersama. walaupun hati ini meronta-ronta mahu bertemu, aku cuba untuk tidak bertemu. biarlah pertemuan itu berlaku bila sudah cukup matang. hidup aku lebih tenang jika aku bisa hidup mengikut jam aku sendiri. dan aku percaya, dalam beberapa hal kau pasti aku akan bersetuju. kalau kau rasa kau mahu jumpa, pergilah jumpa. jangan jumpa kerana terpaksa. jangan jumpa kerana termakan hasutan kawan. jangan jumpa "kerana kawan".
detik demi detik, sebenarnya aku sudah menjadi takut. hahaha!!! ada orang takutkan lipas. ada yang takutkan ular. aku takutkan pada satu perhubungan yang boleh menjerat. aku ibarat "tak jumpa tali, akar dijerut ke leher sendiri." tapi sesuatu yang sulit itulah terasa nikmatnya. rokok yang dihisap secara curi-curi di zaman sekolah lebih terasa nikmatnya berbanding rokok yang dihisap sekarang.
alangkah bagusnya kalau teman sulit aku ini seorang lelaki. aku ikhlas bersahabat dengannya. aku tidak mahu kehilangannya kerana semata-mata dia itu seorang perempuan atau aku ni tunangan orang. aku tidak percaya dia akan jatuh hati pada aku. dan kekuatan diri aku pula terletak pada kesetiaan. aku yakin kesetiaan boleh 'menyelamatkan' aku. aku memang benar-benar setia. lebih setia dari lembu.
mungkin juga aku bodoh dan hodoh seperti lembu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home