Tuesday, March 18, 2003

Bukan Mistikus Cinta

Ini bukan cerpen atau hikayat purbawara. Ini bukan sebuah penulisan ‘Mistikus Cinta’ kerana ia bukan lagu Dewa. Hanya sebuah cerita yang tidak membawa sebarang makna. Kisah yang mungkin berlaku di sekitar kita, kesilapan dan kesalahan teknikal kita menilai seorang insan. Adakah minda yang pincang atau diri sendiri yang tidak melihat dengan mata hati? Banyak kemungkinannya di sini...

Kisah ini berlaku sekitar abad ke 21, di era kepesatan arus teknologi yang sudah semakin maju. Semua mahu lebih pantas, lebih laju. Segala-galanya perlu digital. Di sebuah negara bernama Malaysia. Di bandar metropolitan penuh dugaan Kuala Lumpur. 3 watak utama; bawa 3 keperibadian dan latarbelakang yang berbeza.

Seorang gadis bernama Adia. Gadis pemalu berusia suku abad. Pendiam tetapi dia masih ceria. Gadis ini punyai jiwa yang berantakan. Wajah manis, perwatakan sopan membuatkan ramai yang terpukau. Tetapi, dia ada perasaan. Diamnya bukan bermakna dia takut. Diamnya berisi bukan minta dibenci.

Hadirnya seorang jejaka; Ameer. Masih di awal 20-an. Perwatakannya yang ceria jadi daya penarik, murah senyuman dan suka ketawa. Ya, mungkin dia bisa jadi ‘Jejaka Idaman Malaya’. Ramai yang sudi mendampinginya. Dia disenangi namun hatinya sepi. Kecewa sering menemani. “I’m not living, I’m just killing time... “ lirik Radiohead itu seakan sebati dengan jiwanya. Tetapi, tiada siapa yang tahu. Baginya hanya Adia yang sudi mengerti.

Shehriz; watak ketiga yang lebih selamba. Caranya yang begitu buat ramai yang tertanya-tanya. He’s full of surprises! Mungkin dia seorang yang possessif. Pernah mencuri hati Adia. But he’d prefer no strings attached to him. Segalanya mungkin mengenai Shehriz.

Adanya Ameer di sisi Adia buat gadis itu gembira. Ameer menaruh hati namun dia masih tidak berani. Takut semuanya tidak menjadi. Ah.. biarkan saja begini. Persahabatan lebih penting dari segala-galanya buat Ameer. Dia begitu mempercayai Adia walaupun protesnya terhadap wanita kadangkala lebih daripada api yang membara. Kata orang dia ‘biased’. Persetankan saja kata orang! Namun bagi Ameer, Adia; dia sangat berbeza. “She’s my special case...” katanya. Setiap hari mendampingi Adia adakalanya buat dia terleka yang bait-bait cinta sedang mekar di dalam hatinya. Seringkali Ameer menafikannya.

Adia amat menyukai Ameer. Mungkin ia cinta, mungkin ia dusta? Banyak tanggapan mengenai dua anak muda ini. Dalam diam Adia masih menyayangi Shehriz. “Sysshh!...” Ia rahsia!. Dia bingung, perasaannya dipenuhi konflik. Fikirannya serabut; lebih serabut daripada akar-akar rumput. 2 jejaka ini bertakhta di hatinya. “Aduh!... Mengapa bisa jadi begini?” Adia hanya mampu mendiamkan diri. Ini tidak mungkin terjadi. Apa yang terlintas di fikirannya, dia akan biarkan saja kemungkinan yang berlaku. Tanpa disedari, tindakannya itu akan buat satu jiwa sengsara.But that's not my problem... I must get what I want!" bentak Adia. Just wait and see...

Hatta suatu hari, Ameer dirundung malang. Mindanya celaru... kusut. Dia jadi buta. Penglihatannya kabur.

“Kenapa mesti aku?!?”

Tiada jawapan yang pasti untuk persoalan itu. Ameer tidak ada tempat mengadu. Hanya Adia; ya... Adia cinta hatinya itu... Dia mungkin tahu apa yang berlaku.

Ameer mencari Adia dengan penuh pengharapan walaupun dia sendiri dalam kegelapan. Buta itu bukan dia yang pinta. Adia yang ditemui bukan Adia yang dia kenali dulu. Gadis yang dia dampingi dahulu palsu. Menyedari Adia kini bersama Shehriz. Tidak ada penjelasan yang diperlukan lagi. Ameer sememangnya buta sebelum dia mengetahuinya. Mungkin kerana belum lagi terbit buku “Blind and Stupid For Dummies” di pasaran.

Adia sememangnya keliru. Tarikan magnetik Shehriz lebih kuat dan hebat daripada keikhlasan Ameer terhadapnya. “I’m sorry, maybe we should be just friends...“ Hanya itu hadiah terakhir Adia buatnya. Kata-kata Adia membuatkan mata Ameer berkaca. Dua biji mata yang buta itu mengalirkan cecair jernih yang terkandung segala derita.

“Kenapa mesti aku?”...

Ameer; si buta kini berlalu. Adia termangu. Shehriz cemburu. Keadaan sungguh sukar dalam dunia yang kecil ini. Tidak mungkin ada ruang untuk orang ketiga. Hanya berdua. Angka ‘dua’ itu buat Ameer sengsara. Kepercayaan tidak mungkin akan wujud lagi dalam dirinya. Adia; dia bahagia walaupun diselubung rasa bersalah; Shehriz kembali di sisinya.

Mungkin Ameer bakal jadi seorang 'retard’ yang berhati kecewa. Barangkali Adia akan duduk bersama Shehriz di atas pelamin angan mereka. Selamat berbahagia!... Bunga-bunga cinta Adia yang mekar untuk Ameer hanya bunga sintetik murahan. Tiruan yang penuh penipuan. Mungkin ia “Made in Taiwan”. Cantik hanya di mata, tiada bau-bauan harum yang datang darinya. Shehriz punya ‘master key’ kebun bunga di hati Adia. Hari ini bunga itu bisa mati, namun esok ia akan tumbuh lagi. Ya... kebun itu dia yang punya!




0 Comments:

Post a Comment

<< Home