Tuesday, February 17, 2004

Aku Tak Mahu Naik!

Apa lagi mahu tunggu?
Naik! Naik! Naik!
Orang dibawah sudah beratur panjang

Aku tak mahu naik
Aku gayat
Aku nak turun

Kau tak boleh patah balik
Sudah sekerat jalan
Kena panjat
Naik! Naik! Naik!

Aku letih
Aku nak turun
Aku menyesal

Engkau jangan jadi gila
Meminta yang bukan-bukan
Daki cepat
Naik! Naik! Naik!

Wahai Jibril
Sayapkan aku ke Sana.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home