pulang menghadap simurgh
berikan aku tangga
aku mahu naik ke atas
tapi sebelum sempat ku memanjat
tanggaku reput dimamah anai-anai
dan aku terlena di ribaan bidadari
"tunggulah." bisiknya lembut,
"tunggu hingga malaikat menjemputmu pulang"
tapi aku mahu segera ke sana
pulang menghadap simurgh
entah bagaimana caranya aku tidak pasti
tanggaku sudah reput dimamah anai-anai
dan bidadari yang cantik manis itu mengejutkan aku dari tidur
tapi malaikat masih belum datang menjemputku pergi
berikan aku sayap
berikan aku buraq
aku mahu naik ke atas
tapi jangan biarkan aku berdiri di atas tengkuk orang lain.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home