Friday, February 27, 2004

wahai burung-burung,

ada beberapa soalan yang mahu aku ajukan pada kalian. tempua, kenapa kau bersarang rendah? hei, enggang! masihkah kau terbang bersama rakan sebulumu dan menyisihkan pipit?

aku? just an ordinary bird guy. tak layak terbang bersama kalian, burung-burung hebat. tak layak berlari bersama kasawari, ostrich atau puyuh. juga tak layak mandi bersama penguin, itik atau angsa.

aku bukan pencetus. bukan juga pejuang.

tidak ada hebatnya aku. aku tidak mampu berkokok semegah ayam jantan. kalau dibakar, aku tidak mampu bangkit kembali seperti phoenix.

"betul ke kau pencetus? aku tengok cam peletup je. benda yang kau cuba hangatkan semuanya meletup. nasib tak baik, meletup di muka sendiri."

"betul ke kau pejuang? aku tengok tersangap-sangap je. emosi masih tak stabil, ilmu masih cetek, kail di tangan cuma sejengkal sudah mahu menduga lautan dalam."

apa hebatnya jadi manusia agung? yang nama selalu disanjung-sanjung? mungkin kau ada jawapannya. kadang-kadang, aku kasihan juga tengok kau dimabukkan oleh puji-pujian. patutlah cepat benar melenting bila ditegur. dan lawaknya, kau boleh panggil satu platoon pula untuk menyerang balas.

oh, ya! jangan tersalah anggap. ini bukan rintihan di pinggiran. aku bukan melukut yang hanya layak menjadi makanan sang pipit. aku cuma ingin bertanya dan aku harap kau sudi menjawabnya.

sekian. terima kasih.

yang ikhlas,

burung manusia biasa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home