"Bangun! Bangun! Apa kau buat kat sini?"
"Kau ingat ni bapak kau punya rumah?"
"Berambus!"
"Wa" terpisat-pisat bangun dengan mamai. Suara menghina itu benar-benar menyiat kulit hati 'wa'.
Ini bukan rumah dia. Ini rumah Mak "Wa". Tapi kalau tak kerana Mak "Wa", dia takkan menginjak syurga rumahtangga.
Dasar lelaki bujang terlajak! Nama saja lelaki, tetapi pemalas. Mak "Wa" juga yang menyara dia.
Entah ilmu pemikat manalah agaknya dia pakai. Sampai mak "Wa" pilih dia mengganti arwah ayah!
"Wa" geram! Mahu saja "Wa" sembelih dia jadikan korban! Ah! Daging manusia bukan boleh hadam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home