Tuesday, March 21, 2006

Di dalam sana dia hidup
dengan kuasaNya...

dari sebesar zarah menjadi sesempurna sifat
bermula dengan jasad kaku
lalu ditiupkan roh dan juga restu
dia tenggelam, tetapi tidak lemas
tidak mengunyah makanan
tapi sentiasa senyum kekenyangan

kau bisa bertemankan degup nadinya di siang hari
kau juga bisa teruja dengan aksinya di malam hari
menjadi penghibur dikala kelesuan
pastinya perasaan indah yang kau rasa
melebihi nikmat perasaan dilamun cinta
sungguh!

dia makhluk terpilih
asal dari benih Adam dan Hawa
Persetankan Darwin!
tidakkah kau rasa teori itu menyesatkan?
kerana sesungguhnya aku lebih bertuah
menjadi saksi setiap saat, setiap waktu
bilamana di dalam ini dia hidup
dengan kuasaNya…

2 Comments:

At 7:57 PM, Elmi Zulkarnain said...

Saya memang tertarik dengan isi puisi ini. Isu yang diketengahkan agak lain dari kebanyakan puisi yang saya baca di ruang2 siber.

Ikhlas
Elmi Zulkarnain

 
At 8:36 AM, izzulyfa said...

terima kasih Elmi. Saya cuma menulis tentang apa yg saya rasa,saya lihat...

 

Post a Comment

<< Home