Thursday, February 09, 2006




Hmm ...

Menyentuh tentang penghinaan tabloid Denmark ke atas Rasul kita Muhammad S.A.W .. aku MARAH ..! Jijik dengan perbuatan si mereka yang bersembunyi di sebalik karikatur-karikatur yang langsung tidak lucu tetapi melucahkan Islam.

Terus terang aku memang marah akan setan2 yang berani mempersendakan agama orang lain tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Bila perbuatan mereka dibalas dengan pengganasan, kita juga yang dipersalahkan kerana tidak tahu membalas atau adakan bantahan secara damai.

Hai, kalau muka sudah diludah, mampukah kita setakat senyum. Ini bukan satu cubaan Wak Parjo!

Ya aku setuju di atas saranan untuk mengutuk tanpa perlu mengganas TETAPI aku faham akan reaksi rakan-rakan syuhadahku di Iran dan sebagainya yang mengamuk amarah sehingga membakar kedutaan Denmark di Tehran 2 hari lepas.

Dunia ini sekecil tapak tangan, tak boleh bersembunyi lama.

Ikhlas
Elmi Zulkarnain
www.geocities.com/pujanggatemasek

0 Comments:

Post a Comment

<< Home