4 Julai 2007
Bila aku get thru all entries aku sejak November 2001, aku sedar rupanya aku seorang yang suka bercerita. Kerana, waktu-waktu dahulu. Aku tahu mereka yang masuk dan baca entri aku hanya kawan-kawan yang kenal aku. Sebab itu aku rasa entri-entri aku sangat jujur dan berterus-terang - walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi ketulusan itu wujud. Aku dapat rasa betapa naifnya aku bercerita tentang kerja, aktiviti dan emosi. Secara terang-terangan. Oh, aku jarang sekali bercerita tentang kekasih di blog. Kurang manis aku rasakan. Hihi. Malu la wehh.. Ada, tapi tidak kerap. :-)
Tiba-tiba aku rasa ada pedih dalam hati ini. Bila kenangkan semua yang berlalu itu, pantas sekali tinggalkan aku. Seorangan, sendirian mengutip kenangan. Dalam hati tertanya-tanya, mana mereka? Mana?
Mujur, kawan-kawan masih ada disekeliling aku. Sentiasa ada untuk mengubat rasa sepi dan rindu yang aku tanggung sejak aku menghadapi "kehilangan" yang terlalu banyak. Mujurlah ada kalian. Yang bisa memberi ingat. Yang memarahi aku yang selalu lupa. Aku tidak marah kalian. Aku sayang sangat!
Dan jika aku punya kekasih pun, TIDAK sekali-kali menjamin aku tidak akan sepi. Hakikatnya, aku sentiasa perlukan kawan, teman dari dahulu sehingga kini. Aku sangat hargai kehadiran kawan-kawan. Kalian tidak mahu tahu bagaimana aku pernah kehilangan kawan dan kekasih serentak. Betapa huru-haranya hidup aku waktu itu. Tak guna mahu bercerita di sini. Perkara itu telah lama lepas.
Bila sebut tentang rafik, aku seperti terasa mahu merintih-rintih sedih. Mereka datang dan pergi. Kadang tinggalkan aku begitu saja. Terpinga-pinga menghadapi kehilangan mereka. Kadang aku terfikir dimana salah aku sehingga aku kehilangan mereka. Bukan salah mereka pun. Mereka ada yang dah berkahwin, punya anak, pergi belajar, pindah tempat kerja, punya kawan baru, atau punya kekasih yang perlukan perhatian mereka lebih dari aku.
Sementara aku juga punya komitmen tersendiri. Kadang tak punya waktu luangkan masa aku bersama mereka. Mungkin buat mereka terfikir, tanpa mereka aku masih boleh survive. Walaupun aku sebenarnya lemah, rapuh tanpa mereka. Tak mengapalah. Takdirnya mungkin begitu. Walaupun sayang aku kepada mereka sedalam lautan. Rindu aku pada mereka setinggi Everest. Ada baiknya, kerana merekalah buat aku dapat berdiri sendiri tanpa bantuan. Alangkah besarnya jasa dan pengaruh mereka dalam hidup aku. Semuanya pernah menyentuh hati aku, tanpa mereka sedari. Doa kudusku, agar mereka sentiasa dirahmatiNya. Itu saja.
Dalam pada masa yang sama. Aku cuba melalui perjalanan kehidupan seorang kawan. Melalui entri-entri itu, aku mengenali dirinya, pengalamannya, memahami pemikirannya dan mengetahui sejarahnya. Entri-entrinya tulus dan jujur. Aku buat andaian yang dia seorang yang kuat berfikir dan bercakap (mungkin). Kerana tulisannya lengkap segala detailnya. Buat aku senyum sendiri. Betapa dia mementingkan pembaca agar memahami segala pendapatnya. Aku rasa hormat dengan caranya itu. Aku bukan nak bodek dia. Lagipun, dia bukan boleh belikan aku bas dua-tingkat kat aku pun~ haha. ;-) Kendati aku berterima kasih kepadanya. Kerana memberi peluang untuk aku mengenali dirinya.
Dan bila melalui catatan-catatan blog lain yang banyak lagi bersepah itu, buatkan aku berada ditengah-tengah. Tak tahu arus mana aku harus ikut. Aku tidak mahu bercerita tentang diri, aktiviti dan perjalanan hidup. Aku jua tidak mahu menulis bagi menaikkan-taraf-sastera-negara.
Jadinya, aku ambil mood hibernasi. Agar aku dapat mencari diri. Moga dapat menulis dengan lebih baik satu hari nanti.
*Mungkin aku terlalu bersandar pada kenangan.
weave us some lies
the best and most convincing way to tell lies is by telling as much truth as possible.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home