Monday, February 28, 2005

Aku sejukkan hati saban waktu....

parut pada wajah ini lambang cintamu padaku
darah pada bibir ini lambang kasihmu padaku
lebam pada perut ini lambang sayangmu padaku

luka pada lutut ini tanda kehangatan belaianmu
patah pada pergelangan kaki ini
tanda penghargaanmu di atas segala pengorbananku...

maafkan aku kerana tidak dapat melahirkan keturunan kita
namun aku redha jika itu yang tertulis
tidak pernah menyesal nasib diri
walau hingga nafas terakhir
aku akan sentiasa berdoa
semoga kau ampunkan dosaku
moga Tuhan ampunkan dosa kita
moga kau mendapat hidayah dariNya

kerana aku tahu
syurga bagiku
ditelapak kakimu
.... dan aku percaya pada janji Tuhan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home