3 tahun, beb!
Bukan 3 hari, 3 minggu atau 3 bulan. 3 tahun!
"Dalam weblog ada pendakwah, ada syaitan, ada pelawak, ada gay..."
Aku tak benar-benar mengenali kau. Aku sangkakan kau ni benar pendakwah, setiap bait blog penuh nasihat. Habis semua kata tok-tok guru kau selitkan.
Ah! Aku tersilap pandang. Rupanya, kau hanya syaitan yang berdakwah di waktu senggangnya.
3 tahun, kau buat semua orang tergoda dengan kata nasihat kau. Tapi sekarang aku malu nak mengaku yang aku pernah anggap kau macam kawan dan abang aku.
Syabas, kau beri nama buruk pada orang-orang alim di luar sana.
Kau pernah menasihati aku, "kau tengok benda ni bukan macam problem. Atau kau nampak benda ni macam problem yang kau boleh handle."
Damn!! Aku masih ingat lagi apa yang kau kata. Kita berkongsi cerita, bertukar pandangan. Tapi apakejadah semua cerita yang aku dengar sekarang?
Kasihanlah anak-anak dan isteri kau. Entah apa dosanya mereka pada kau, hingga kau tergamak hendak memperdayakan semua orang dengan hamparan cinta kau?!
"See ya in hell, bro!!"
"Sure, beb!! You go first!!"
cerita telunjuk lurus, kelingking berkait
>> Tragedi Disember 2004
>> Moment of Truth
>> "Gentleman"
1 Comments:
laki macam ni... patut di'sunat' sekali lagi. am not surprised, ramai macam ni! pakai kopiah... pi usrah... etc etc tapi kat belakang bini/mak ayah/ etc terror main wayang. what are you going to do now???
Post a Comment
<< Home