Deejay-deejay radio pagi tadi berbicara rancak.
Mauduk deejay-deejay gila kesayangan pagi ini di Class95 mempersoalkan, adakah kita memilih kawan baik kerana rupa atau apa? Yang satu itu kata, setiap kali dia terserempak dengan dua orang kawan baik, mesti seorang itu lawa sekali dan yang seorang lagi kurang lawa dari kawan baiknya itu. Selalunya orang-orang perempuan macam itu dia kata. Lelaki jarang sekali.
"I think the pretty one doesn't one want her best friend to be good looking so she can always feel good about herself."
Lalu aku pun menelefon kawan aku itu, yang selalu menjadi kawan cabut kerja, kawan menonton wayang, kawan sama-sama kepala angin, kawan sama-sama gila.
"Kau kawan dengan aku kenapa ek Mai?"
"Ha ha ha ha ha kau dah gila?"
"Glenn dan Flying Dutchman tengah diskus ni. Yang berkawan baik ini semua pilih kawan kerana rupa atau bab-bab lain?"
"Dorang tuh gila!!!!!"
"Mai, aku kawan dengan kau sebab aku hitam dan kau gemuk."
"Ha ha ha ha ha ha!!!!!"
0 Comments:
Post a Comment
<< Home