jenaka gelap
seorang pesalah dijatuhkan hukuman gantung.
dia akan digantung di khalayak ramai sebaik saja matahari terbit. tiada sesalan mengalir di garisan wajahnya. tidak terucap kata maaf dari bibirnya.
tiba hari hukuman. semua menanti dia dibawa ke tali gantung.
semasa ditanyakan samada dia ada permintaan terakhir, sang pesalah hanya tersenyum.
dia memandang di balik gunung. matahari hampir terbit. langit menyala meriah olehnya.
dia berkata pada hadirin, "ini hari yang baik untuk memulakan kehidupan."
tapi sebaik saja dia habis bercakap, tali dilehernya mula menjerut. dia tergeletak menahan sakit dan nafasnya putus tidak lama selepas itu.
dan khalayak pun berteriak suka.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home