Saturday, November 30, 2002

Segumpal Darah Menjadi Daging

Lokasi: Rumah lama nenek di Mandai, Singapore
Masa: Cuti sekolah. Petang.

Umur aku waktu itu sekitar 11 tahun. Cik Yah yang baru kembali dari kedai memberitahu aku Abah dan seorang temannya dalam perjalanan ke rumah itu.
Aku berlari masuk dapur. Aku tak mahu jumpa Abah. Aku tak mahu bersalam dengan Abah. Aku nak Abah rasa sendiri bagaimana sakitnya hati aku bila dia tinggalkan aku sekeluarga dulu. Dulu masa aku rindu kat dia tapi dia tak ada. Bila aku nak bermanja dengan dia tapi dia tak ada.
Sekarang dia ada depan mata tapi aku dah tak rasa rindu. Aku dah tak rasa nak bermanja. Biarlah dia datang, aku tetap tak mau keluar jumpa dia. Biarlah dia bawak cokelat satu lori pun nak pujuk aku, aku tetap nak duduk di dapur nih. Cik Yah pujuk aku. Nenek panggil nama aku minta aku keluar jumpa Abah walaupun sekejap. Aku tetap tak mahu keluar. Aku memang degil. Semua orang tahu aku ini memang degil.
Pergi jauh-jauh! Jangan ganggu aku!!! Biar Abah rasa sendiri sakit hati yang aku pernah rasa dulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home